Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ambil antibiotik hanya jika perlu

Para pegawai kesihatan tempatan menyatakan mendidik para karyawan dan orang awam tentang cara menggunakan antibiotik dengan betul adalah sesuatu yang masih diusahakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Oct 2018 09:04PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 11:37PM

SINGAPURA: Para pegawai kesihatan tempatan menyatakan mendidik para karyawan dan orang awam tentang cara menggunakan antibiotik dengan betul adalah sesuatu yang masih diusahakan.

Usaha sedemikian merangkumi komponen utama dalam pelan strategi kebangsaan yang diumumkan tahun lalu bagi menangani masalah kekebalan kepada antibiotik.

Berucap di satu majlis bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu itu, Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Lam Pin Min berkata, para doktor perlu sedar mereka tidak harus mudah mengalah jika ditekan para pesakit yang minta diberikan antibiotik jika tidak perlu.

Pada masa yang sama, orang awam juga perlu dididik, tidak semua keadaan perlukan antibiotik. Antibiotik sepatutnya melawan jangkitan bakteria yang semakin tidak berkesan.

Hospital-hospital awam di Singapura memulakan program bimbingan antimikrob seawal 2011. Ia menggalakkan para doktor supaya lebih berhati-hati dalam memberikan antibiotik.

Dalam tempoh beberapa tahun, kadar pemberian antibiotik dengan sewajarnya meningkat kepada lebih 70 peratus.

Namun, menurut Persatuan Farmaseutikal Singapura, lebih banyak lagi perlu dilakukan.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan