Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Alami tarikan bertemakan memerang di Taman di Pesisiran pada Disember

Bagi para penggemar haiwan memerang, ini satu lagi kegiatan yang boleh anda lakukan semasa cuti hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Alami tarikan bertemakan memerang di Taman di Pesisiran pada Disember

(Gambar: El Masnou)

Diterbitkan : 04 Dec 2020 03:00PM Dikemas Kini : 04 Dec 2020 03:01PM

SINGAPURA: Bagi para penggemar haiwan memerang, ini satu lagi kegiatan yang boleh anda lakukan semasa cuti hujung tahun ini.

Tarikan bertemakan memerang pertama seumpamanya iaitu, Otah & Friends, akan diadakan di Taman di Pesisiran dari 15 Dis hingga 26 Feb.

Tarikan itu berkonsepkan permainan 'hide and seek' atau sembunyi-sembunyi bersama haiwan memerang.

Para pengunjung mempunyai masa 45 minit untuk mencari watak memerang bernama Otah di ruang seluas 2,500 kaki persegi sebelum biskut-biskut yang dibakar di dalam ketuharnya hangus.

Para pengunjung berpeluang meneroka sudut-sudut rumah Otah bagi mencari petunjuk yang akan membantu mereka menjejaki watak itu.

(Gambar: El Masnou)

Sebaik sahaja tugasan itu selesai dilakukan, para pengunjung akan menerima biskut dan minuman lemon daripada kedai biskut Whiskdom, sebagai ganjaran.

Bayaran masuk adalah S$15 setiap seorang. Namun jika anda datang dalam kumpulan lima orang, anda hanya perlu membayar S$60 dan mempunyai seluruh ruang itu untuk diri sendiri bagi waktu yang ditetapkan.

Minimum dua orang diperlukan untuk bermain dan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun perlu ditemani oleh seorang dewasa.

Tarikan bertemakan memerang itu dianjurkan oleh El Masnou, iaitu pencipta The Bubble Tea Factory, tarikan bertemakan minuman bubble tea yang pertama di Asia Tenggara yang diadakan di Singapura pada Oktober tahun lalu.

Langkah pengurusan selamat akan dilaksanakan di tempat tarikan itu, seperti pengimbasan suhu badan bagi setiap kakitangan dan pengunjung serta pembasmian kuman antara setiap kumpulan pengunjung. Setiap jadual permainan hanya akan menampung satu kumpulan lima pengunjung.

Otah & Friends akan dibuka setiap hari dari 15 Dis hingga 26 Feb, antara pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Ia terletak di Taman di Pesisiran, Bayfront Plaza, 18 Marina Gardens Drive, Singapura 018953, bersebelahan Floral Fantasy dan pintu keluar B Stesen MRT Bayfront.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan