Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Air jamu asam kunyit rangsang kecergasan tubuh, hilangkan sakit badan

Semakin kita meningkat usia, antibodi dalam badan kita juga menjadi tidak kuat.

Anggaran Waktu Membaca:
Air jamu asam kunyit rangsang kecergasan tubuh, hilangkan sakit badan

Gambar: Ct Mazni/Facebook

KELUARGA: Semakin kita meningkat usia, antibodi dalam badan kita juga menjadi tidak kuat.

Ada sahaja rasa sakit sana sini seperti angin, lenguh dan sebagainya. Lebih teruk lagi apabila seseorang itu salah makan, ia mengundang bermacam-macam masalah.

Buat mereka yang menghadapi masalah badan 'lemau' dan tidak bertenaga, kerap mengantuk, apa kata cuba petua mudah ini.

Ayuh cuba resipi jus kunyit yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Ct Mazni. Semoga dapat membantu mengembalikan tenaga.

Tulis beliau, air asam kunyit banyak khasiat dan sangat senang untuk dibuat. Malah, boleh minum berulang kali jika ikut pada sukatan yang dikongsinya.

Bahan-bahan:

 

  • 1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender)
  • Segenggam temu kunci (ketuk)
  • 1/2 genggam asam jawa
  • 1 biji gula melaka
  • 4.5 liter air
  • 1/3 sudu kecil garam

 

Cara-caranya:

  1. Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkan semua bahan.
  2. Biarkan mendidih. Sudah pekat, boleh tutup api.
  3. Tapis, dan simpan.
  4. Panaskan dan boleh diminum ketika panas.
  5. Tambahnya lagi, ia sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu yang sedang berpantang selepas bersalin, perempuan semasa haid atau keguguran.

Khasiat Air Jamu Asam Kunyit:
✔Menghilangkan sakit-sakit badan
✔Melancarkan peredaran darah
✔Mengurangkan lemak dalam badan
✔Memberi tenaga
✔Membuang angin dalam badan
✔Melancarkan darah haid & nifas
✔Merawat masalah senggugut
✔Menghilangkan bau-bau badan
✔Memberi kecergasan tubuh
✔Melawaskan pembuangan najis

Artikel asal dari laman KELUARGA.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Iklan