Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Aduh Bibikku!, Bunga Tanjong antara 55 tajuk rancangan Mediacorp ditawarkan di Netflix mulai Ogos

Anda peminat rancangan komedi Phua Chu Kang? Tidak lama lagi anda akan dapat menontonnya di Netflix apabila ia ditawarkan di wadah itu pada Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Aduh Bibikku!, Bunga Tanjong antara 55 tajuk rancangan Mediacorp ditawarkan di Netflix mulai Ogos

(Gambar: Mediacorp Suria)

Diterbitkan : 27 Jul 2020 07:21PM Dikemas Kini : 27 Jul 2020 07:31PM

SINGAPURA: Anda peminat rancangan komedi Phua Chu Kang? Tidak lama lagi anda akan dapat menontonnya di Netflix apabila ia ditawarkan di wadah itu pada Ogos.

Sitkom itu adalah antara 55 rancangan terbitan Mediacorp yang akan disediakan di Netflix dalam pasaran Singapura, Malaysia dan Brunei bermula 1 Ogos, dengan pelbagai rancangan yang berbeza ditawarkan sepanjang bulan itu.

Anda boleh memilih daripada lebih 1,000 jam kandungan dalam empat bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil di bawah barisan bertajuk "Singapore, Now Streaming" di Netflix.

Pelakon komedi Phua Chu Kang, Pierre Png berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau mempunyai banyak kenangan manis semasa menjalani penggambaran untuk rancangan itu. "Saya tidak sabar untuk menonton semula detik-detik itu sepanjang hujung minggu Hari Kebangsaan ini bersama keluarga dan peminat-peminat dari rantau ini," katanya.

Selain daripada rancangan 'Best of Phua Chu Kang', para penonton Netflix juga dapat mengikuti rancangan klasik seperti 'Growing Up' dan "Best of Under One Roof' serta rancangan-rancangan Melayu seperti 'Bunga Tanjong' dan komedi 'Aduh Bibikku'.

Menurut Pengurus Perolehan Kandungan Netflix, Raphael Phang: "Dengan memberikan akses kepada rancangan-rancangan ini melalui Netflix, kami berharap ia dapat menyuntikkan semula rasa keseronokan yang dibawa oleh rancangan itu kepada ramai rakyat Singapura sepanjang beberapa dekad lalu.
"Namun lebih penting lagi memperkenalkan karya-karya terbitan tempatan terbaik kepada generasi muda."

Naib Presiden Pengedaran Kandungan di Mediacorp, Jesslyn Wong pula menambah bahawa beliau yakin "para pengguna Netflix akan berasa teruja oleh pilihan kisah-kisah tentang Singapura yang diceritakan oleh karyawan tempatan kami." 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan