Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

ADHD boleh berlaku pada orang dewasa; ini gejala dan cara menanganinya

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Namun, sejauh manakah keadaan itu boleh menjejas orang dewasa? Apa pula gelajanya?

Anggaran Waktu Membaca:
ADHD boleh berlaku pada orang dewasa; ini gejala dan cara menanganinya

(Lukisan: Pexels/Tara Winstead)

Diterbitkan : 14 Aug 2021 10:34PM Dikemas Kini : 14 Aug 2021 11:01PM

NEW YORK: Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Ia mencakup kesulitan menumpukan perhatian, hiperaktif dan menurut kata hati.

Namun, sejauh manakah keadaan itu boleh menjejas orang dewasa? Apa pula gelajanya? Dan mungkinkah seseorang yang tidak didiagos semasa kanak-kanak, disahkan mengalaminya semasa meningkat dewasa?

Menurut Persekutuan Sedunia mengenai ADHD, kecelaruan pemikiran itu merupakan gangguan kesihatan mental yang paling lazim berlaku - dianggarkan dalam hampir 6 peratus kanak-kanak dan 2.5 peratus orang dewasa, lapor The New York Times.

Sejak berdekad lamanya, para pakar percaya ADHD hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan sembuh semasa peringkat remaja. Namun, beberapa kajian pada tahun-tahun 90-an menunjukkan ADHD boleh terus berlaku hingga ke dewasa. Menurut laporan The New York Times, para pakar kini berkata sekurang-kurangnya 60 peratus kanak-kanak dengan ADHD akan juga menunjukkan gejala sebagai orang dewasa.

Maka tidak hairanlah, jika ramai kini tertanya-tanya sama ada mereka mempunyai gangguan ADHD, khususnya jika simptom yang mereka alami diburukkan lagi dengan pandemik COVID-19.

APAKAH ADHD DEWASA

ADHD dalam kalangan kanak-kanak dikaitkan dengan sukar menumpukan perhatian dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar.

Namun,
dalam kalangan orang dewasa, keadaan itu agak kurang dikesan, kata Dr Lidia Zylowska, seorang ahli psikiatri di Sekolah Perubatan Universiti Minnesota.

Berikut ini adalah tanda dan gejala orang dewasa yang menghidap gangguan ADHD.

1. Sukar untuk hidup teratur

Orang dewasa dengan ADHD sering bergelut dengan kesukaran untuk hidup secara teratur iaitu menjalankan berbagai tanggung jawab seperti membuat perancangan, pengurusan masa dalam pekerjaan dan mengatur rumah tangga, dan lainnya - pokoknya kemahiran yang dianggap diperlukan sebagai orang dewasa, kata Dr Zylowska.

2. Perhatian mudah beralih

Penderita ADHD sukar untuk fokus dalam melakukan sesuatu dan bertahan dalam dunia kerja yang rumit serta dinamik. Mereka yang tidak mendapatkan rawatan mungkin rasa kurang motivasi dan lebih kemungkinan tidak mempunyai kemahiran serta tahap kesabaran untuk menghuraikan masalah atau halangan yang timbul, kata profesor psikiatri di Sekolah Perubatan Universiti Virginia Commonwealth.

Mereka juga berdepan kesulitan untuk tetap bertahan dalam satu tempat kerja, menurut jurucakap ADDA yang mempunyai ADHD kerana prestasi buruk. Beliau contohnya menunjukkan sifat resah dan mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu.

3. Kurang mampu kawal emosi

Penderita ADHD biasanya lebih sering marah, menunjukkan sifat kurang sabar dan tidak dapat bekerja dengan orang lain serta kurang yakin diri dan sukar mengawal tekanan. Walaupun begitu, kemarahan mereka biasanya cepat mereda. Dengan rawatan dan sokongan yang baik, mereka yang mempunyai ADHD juga boleh cemerlang di tempat kerja.

RAWATAN ADHD PADA ORANG DEWASA

Jika anda percaya, anda mempunyai ADHD dewasa, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menggunakan alat pemeriksaan. Ia bukan bertujuan untuk memberi diagnosis tetapi sekurang-kurangnya membantu anda mengenal pasti tanda-tanda serta simptom ADHD orang dewasa.

Selepas itu, penting bagi anda untuk mendapatkan penilaian menyeluruh daripada spesialis ADHD. Ini akan membantu menentukan sama ada anda sah mempunyai gangguan itu. Contohnya, sehingga separuh orang dewasa dengan ADHD mengalami gangguan rasa cemas.

Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti punca berlakunya ADHD ini. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD.

Biasanya, ADHD dirawat menggunakan ubat stimulan seperti Adderall. Namun terdapat juga ubat bukan perangsang seperti Strattera.

Kesan sampingan stimulan yang paling umum adalah insomnia, gangguan kecemasan, dan sakit kepala.

Selain makan ubat, doktor juga akan mengesyorkan psikoterapi, contohnya terapi perilaku kognitif. Pakar terapi akan membantu pesakit belajar mengendalikan gejala, meningkatkan rasa yakin diri dan mengendalikan emosi. Sekaligus membantu pesakit untuk menjalani gaya hidup yang sihat. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan