Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Adakah selamat untuk sewa pakaian, beg tatkala penularan COVID-19?

Dengan penularan virus korona COVID-19 tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda dalam masa terdekat, perkara yang sebelum ini tidak pernah diragui tiba-tiba membuat kita berfikir dua kali tentang risiko berpotensi dijangkiti virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Adakah selamat untuk sewa pakaian, beg tatkala penularan COVID-19?

(Gambar: Style Theory menerusi TODAYonline)

Diterbitkan : 22 Mar 2020 05:51PM Dikemas Kini : 22 Mar 2020 08:31PM

SINGAPURA: Dengan penularan virus korona COVID-19 tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda dalam masa terdekat, perkara yang sebelum ini tidak pernah diragui tiba-tiba membuat kita berfikir dua kali tentang risiko berpotensi dijangkiti virus tersebut.

Misalnya, dalam hal menyewa barang seperti pakaian dan beg.

Bagi kaum hawa, terutamanya, kini ada wadah di mana mereka boleh melaram tanpa berhabisan wang ringgit dengan kewujudan aplikasi Style Theory yang menyewakan beg berjenama selain pakaian di Singapura.

Namun, adakah ia selamat untuk disewa? Mentelah pula, ia sudah disentuh, digosok serta digunakan oleh ramai orang dan barangkali juga terdedah kepada keadaan atau permukaan yang tidak bersih.

Jadi, adakah selamat untuk menyewa pakaian dan beg sewaktu musim COVID-19 sekarang?

Pemeriksaan oleh CNA di aplikasi Style Theory menunjukkan syarikat itu memandang serius prosedur pembersihan semua produknya.

(Gambar: Style Theory menerusi TODAYonline)

(Gambar: Style Theory menerusi TODAYonline)

Sebagai salah satu penyedia perintis sewa pakaian di Singapura, yang juga melancarkan perkhidmatan menyewa beg berjenama baru-baru ini, terdapat tab di lelaman mereka dipanggil "Our hygiene transparency" (ketelusan kebersihan kami) yang memperincikan butiran tentang bagaimana mereka menjaga kebersihan serta keselamatan barangan mereka - sesuatu yang dianggap lebih penting daripada sebelumnya.

Menurut Style Theory, semua pakaian yang dipulangkan diperiksa teliti sebelum melalui proses rapi sebanyak tujuh langkah menggunakan pembersih kering Jeeves Dry Cleaners untuk disterilkan, dibersihkan serta diseterika.

(Gambar: Style Theory menerusi TODAYonline)

(Gambar: Style Theory menerusi TODAYonline)

Meskipun pakaian dan beg dimasukkan ke dalam kotak yang mungkin digunakan semula, kotak-kotak itu juga dibersihkan dengan penyembur anti-bakteria serta cecair basmi kuman setiap kali selepas ia digunakan, sebelum disimpan rapi. Semua kotak yang berisi barang disewa kemudian akan dibungkus dengan plastik sebelum penghantaran ke rumah pelanggan.

Bagi beg pula, ia dikendalikan penuh teliti dengan pekerja memakai sarung tangan dan pelitup untuk mengelakkan peralihan kuman di samping mengurangkan kerosakan pada beg tersebut. Ia juga dibersihkan sebelum penghantaran dan sebaik sahaja dikembalikan.

(Gambar: Style Theory menerusi TODAYonline)

Bukan itu sahaja, langkah-langkah kebersihan tambahan juga diamalkan oleh Style Theory di tengah-tengah penularan COVID-19.

Semua kakitangan operasinya mengambil suhu badan mereka setiap hari dan diberikan pelitup pembedahan, sarung tangan serta cecair basmi kuman untuk digunakan ketika bertugas. Bahkan, mereka juga dinasihatkan tentang cara betul untuk membuang peralatan perlindungan diri tersebut.

Dengan itu, tepuk dada tanya selera. Sama ada COVID-19 menghantui kita atau tidak, ia sememangnya satu tanggungjawab sosial untuk menjaga kebersihan diri, tempat awam dah apatah lagi barang yang dikongsi. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan