Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ada tabiat beratur untuk segala benda? Berdiri lama tidak baik untuk tubuh

SINGAPURA: Sama ada beratur menunggu giliran di pusat-pusat pemeriksaan di lapangan terbang atau di pusat beli-belah, kita meluangkan banyak masa berdiri untuk tempoh yang lama.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sama ada beratur menunggu giliran di pusat-pusat pemeriksaan di lapangan terbang atau di pusat beli-belah, kita meluangkan banyak masa berdiri untuk tempoh yang lama.

Namun, berdiri terlalu lama boleh mendatangkan kesakitan kepada tubuh.

Menurut pakar podiatri, Dr Diane Koshimune: "Cara kita berdiri itu adalah penting. Tubuh kita tidak boleh menahan ketegangan berlebihan pada satu kedudukan."

Semasa berdiri, orang ramai lebih cenderung berdiri secara "santai", iaitu dengan lengkungan kaki dan tapak kaki ke bawah.

Posisi itu meletakkan lebih banyak tekanan pada bahagian dalam kaki, yang akhirnya menyebabkan kesakitan pada tapak kaki, pergelangan kaki dan bahagian belakang bawah.

Oleh itu, berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan yang dialami:

LAKUKAN PERGERAKAN REHAT

Dengan mengambil rehat untuk berjalan selama lima minit bagi setiap setengah jam, ia dapat mengurangkan sakit pada bahagian belakang akibat berdiri terlalu lama.

Anda juga boleh cuba meletakkan salah satu kaki anda di kawasan yang lebih tinggi secara bersilih ganti.

PERTIMBANGKAN PILIHAN KASUT

Bagi sebilangan orang, berjalan menggunakan selipar satu kebiasaan.

Namun, berjalan buat tempoh panjang dengan menggunakan selipar boleh menyebabkan masalah kerana ia tidak memberikan perlindungan sepenuhnya untuk kaki anda.

Gunakan kasut yang memberikan lebih sokongan, seperti kasut "flats" dengan ketinggian rendah atau tapak lebih tebal dan tali di belakang untuk memberi sokongan kepada kaki anda.

KETEPIKAN TELEFON BIMBIT ANDA

Apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang apabila sedang beratur menunggu giliran? Menggunakan telefon bimbit.

Namun, tabiat itu boleh menyebabkan gejala "tech neck" apabila leher anda condong ke bawah dan ke hadapan.

Sebaliknya, berdiri sambil memandang ke hadapan dan pastikan bahu anda tidak dinaikkan.

LAKUKAN SENAMAN MEREGANGKAN OTOT

Satu kajian di Jepun mendapati senaman berdiri dipanggil One Stretch dapat mencegah atau mengurangkan kesakitan pada bahagian bawah belakang.

Untuk melakukan senaman "One Stretch', berdiri dengan kaki anda sejauh jarak antara kedua-dua bahu.

Letakkan tangan anda di bahagian bawah belakang, dengan jari-jemari anda menunjukkan ke bawah.

Tarik nafas dan lepaskan selama tiga saat sebelum anda perlahan-lahan meregangkan otot ke belakang sambil cuba untuk tidak membengkokkan lutut anda.

Gunakan tangan anda untuk menyokong diri sedang anda kembali ke posisi berdiri. Ulang beberapa kali. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan