Images
  • kipling
    (Gambar: Kipling Singapore)

Ada beg terpakai? Dermakannya kepada SCWO, baucar Kipling S$50 milik anda

SINGAPURA: Kipling sekali lagi berganding bahu dengan Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) bagi kempen 'Give Bag, Give Love'. Jenama aksesori Belgium yang popular itu sedang mengumpulkan beg-beg terpakai sebagai sumbangan bagi menyokong kaum wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan keluarga.

Orang ramai boleh mengunjungi mana-mana butik Kipling di Singapura dengan beg terpakai mereka, tidak kira apa jenama sekalipun (asalkan ia masih dalam keadaan elok dan berfungsi), dan menerima baucar bernilai S$50 bagi sumbangan mereka. Kempen ini akan diadakan sehingga 31 Oktober.

Komited untuk mengurangkan jejak karbonnya, Kipling menjadikan ia sebagai misi jenamanya untuk membayangkan semula reka bentuknya, memikirkan semula bahan-bahan yang digunakan serta mengolah semula kuasa tenaga. Semua itu demi menuju ke arah usaha mencapai huraian pengeluaran yang lebih mampan bagi masa hadapan.

Bersama-sama kempen 'Give Bag, Give Love' yang sedang berjalan sekarang ini, Kipling juga melancarkan koleksi baru, K.Limited, yang mengetengahkan beg-beg yang diperbuat daripada sisa atau baki kain yang tidak digunakan.

Koleksi itu tambahan kepada koleksi-koleksi lain yang juga dihasilkan secara bertanggungjawab oleh jenama tersebut, seperti 'Coca-Cola Collection' dan 'Hot Air Tote Bag'.


(Gambar: Kipling Singapore)

Koleksi K.Limited menerapkan kaedah penggunaan semula secara kreatif atau 'upcycling', menampilkan gaya kasual atau bersahaja dengan permainan blok warna.

Koleksi yang direka sedemikian rupa dengan teliti itu menggabungkan warna dan bahan-bahan baki yang tidak digunakan untuk mencipta rekaan baru dengan menghasilkan karya kurang sisa sebaik mungkin.

Kempen 'Give Bag, Give Love' Kipling dan koleksi K.Limited boleh didapatkan di semua kedai Kipling di merata negara. 

- CNA/FZ/fz

Top