Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

90% orang diskriminasi terhadap wanita: analisis ketidaksamarataan PBB

Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad (8 Mac) memberi satu peringatan yang tepat pada masanya bahawa perbezaan jantina masih wujud di setiap negara, baik kaya mahupun miskin, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Anggaran Waktu Membaca:
90% orang diskriminasi terhadap wanita: analisis ketidaksamarataan PBB

(Gambar: Brooke Lark/Unsplash)

Diterbitkan : 08 Mar 2020 10:49PM Dikemas Kini : 08 Mar 2020 10:53PM

PBB: Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad (8 Mac) memberi satu peringatan yang tepat pada masanya bahawa perbezaan jantina masih wujud di setiap negara, baik kaya mahupun miskin, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Dalam Indeks Norma Sosial Jantina (GSNI) yang baru dikeluarkan oleh UNDP pada 5 Mac, hampir 90 peratus lelaki dan wanita memiliki semacam diskriminasi terhadap kaum hawa. Indeks itu mengukur bagaimana kepercayaan sosial menghalang kesamarataan jantina atau berat sebelah dalam bidang politik, pekerjaan dan pendidikan di 75 negara atau 80 peratus penduduk dunia.

GSNI mendedahkan kira-kira separuh daripada lelaki dan wanita di dunia merasakan bahawa lelaki menjadi pemimpin politik yang lebih baik; lebih 40 peratus pula berpendapat golongan lelaki adalah eksekutif perniagaan yang lebih baik; lelaki lebih berhak ke atas sesuatu pekerjaan manakala 28 peratus menganggap bahawa lelaki boleh memukul pasangannya.

Walaupun ada kemajuan dalam merapatkan jurang ketidaksamaan jantina dalam bidang-bidang asas seperti pendidikan dan kesihatan, UNDP menyatakan "jurang kuasa yang besar masih wujud antara lelaki dengan wanita" di arena politik serta korporat. Sebagai contoh, meskipun lelaki dan wanita mengundi pada kadar yang sama, hanya 24 peratus daripada kerusi parlimen di seluruh dunia yang dipegang wanita dan hanya terdapat 10 wanita yang menjadi ketua negara daripada 193 negara di dunia.

Sementara itu, kurang enam peratus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam senarai syarikat S&P 500 adalah wanita. Biarpun wanita bekerja lebih banyak masa daripada lelaki, pekerjaan itu lebih berbentuk tugas penjagaan yang tidak dibayar, menurut UNDP.

Walaupun ada kemajuan di sesetengah negara, di negara-negara lain, sikap terhadap wanita nampaknya kian memburuk "sejak beberapa tahun kebelakangan".

"Kita telah mencapai kemajuan besar dalam pendaftaran di sekolah rendah dan mengurangkan kematian ibu sebanyak 45 peratus sejak tahun 1990," kata Pedro Conceiçao, ketua Pejabat Laporan Perkembangan Manusia UNDP.

"Namun ketidaksamarataan masih terlalu jelas dalam bidang lain terutama berhubung kekuasaan dan berpengaruh," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan