Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

8 manfaat kentang untuk kecantikan wajah

Merawat kulit wajah merupakan salah satu perkara penting untuk mencapai kecantikan wajah.

Anggaran Waktu Membaca:
8 manfaat kentang untuk kecantikan wajah

Ilustrasi kentang. (Gambar: From Away)

Diterbitkan : 02 Feb 2021 05:37PM Dikemas Kini : 02 Feb 2021 06:03PM

INDONESIA: Merawat kulit wajah merupakan salah satu perkara penting untuk mencapai kecantikan wajah.

Ini termasuk mengatasi masalah jerawat dan bintik-bintik hitam di muka.

Terdapat banyak bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat kulit wajah termasuk kentang.

Berikut adalah manfaat kentang buat kecantikan kulit wajah yang dikongsi oleh laman Merdeka.com.

1. ATASI JERAWAT

(Gambar: Shutterstock)

(Gambar: Shutterstock)

Salah satu manfaat kentang adalah untuk mengatasi masalah jerawat. Ini kerana kandungan antiradangnya dapat meredakan peradangan pada jerawat.

Kentang juga boleh digunakan sebagai pupur muka bagi mengatasi masalah jerawat.

2. BANTU PUDARKAN BEKAS JERAWAT

Selain mengatasi jerawat, kentang juga berupaya memudarkan bekas jerawat di muka.

Ini disebabkan oleh kandungan niacin yang terdapat pada kentang. Anda hanya perlu menggunakan kentang segar sebagai pupur muka bagi membantu memudarkan bekas jerawat.

3. ATASI BINTIK-BINTIK HITAM

(Gambar: Shutterstock)

Menurut kajian, kandungan kanji dan gula dalam kentang dikatakan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati dan membantu pertumbuhan sel-sel baru.

Kandungan vitamin C, vitamin B6, zinc, potasium, serta fosfor sangat berguna dan dapat bantu menghasilkan kolagen di kulit.

Anda hanya perlu menghiris kentang yang sudah dibersihkan, sapukan air ke permukaan kentang dan letakkannya pada bahagian yang mempunyai bintik hitam. Biarkan sehingga 10 minit.

4. ATASI LINGKARAN GELAP DI BAWAH MATA

Masalah lingkaran gelap di bawah mata boleh membuatkan sesetengah orang hilang keyakinan diri.

Bahan semula jadi seperti kentang boleh dimanfaatkan untuk mencerahkan lagi lingkaran gelap di bawah mata.

Anda hanya perlu mengupas dan memotong kentang tersebut menjadi potongan yang besar.

Kemudian, bungkus dengan kain bersih lalu letakkan di atas lingkaran mata selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam.

5. ATASI MASALAH KULIT KERING

(Gambar: Shutterstock/Evgeny Atamanenko)

Kentang juga dapat menolong mengatasi masalah kulit kering.

Anda hanya perlu memarut kentang dan tambahkan satu sudu teh dadih.

Kemudian, sapukan pada wajah selama 20 minit. Setelah itu, bilas wajah dengan air sampai bersih.

6. LENGAHKAN PROSES PENUAAN

Salah satu tanda-tanda penuaan adalah kedut-kedutan yang muncul di wajah.

Untuk mengatasi masalah tersebut, anda hanya perlu menumbuk kentang yang sudah dikupas lalu menyapukannya pada kulit wajah anda.

Biarkan selama sekurang-kurangnya 20 minit dan bilas dengan air.

7. CERAHKAN WAJAH

Kentang juga dapat membantu mencerahkan wajah.

Untuk mencerahkan wajah, campurkan kentang dengan jus lemon atau yogurt. Lakukannya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

8. BANTU TANGANI KULIT TERBAKAR MATAHARI

Kentang juga dapat menangani kulit yang terbakar akibat cahaya matahari.

Anda hanya perlu menyiapkan kentang yang sudah dihiris dan letakkannya di atas bahagian kulit yang terjejas.

Biarkan selama 20 minit lalu bilas sehingga bersih. Selain itu, anda juga dapat menyapu jus kentang pada kulit. 

Sumber : Agensi berita/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan