Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

7 manfaat halia untuk kesihatan termasuk melambatkan penuaan

Halia merupakan bahan yang berguna untuk kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja merupakan bahan asas dalam masakan tetapi juga dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
7 manfaat halia untuk kesihatan termasuk melambatkan penuaan

Halia dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan. (Gambar: Shutterstock/grafvision)

Diterbitkan : 18 Feb 2021 06:59PM Dikemas Kini : 18 Feb 2021 07:28PM

INDONESIA: Halia merupakan bahan yang berguna untuk kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja merupakan bahan asas dalam masakan tetapi juga dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan.

Antaranya termasuk menurunkan berat badan, meredakan rasa pening serta melawan penyakit. Ia juga berguna bagi wanita hamil.

Berikut ini kami kongsikan tujuh khasiat halia sebagaimana dinukil laman Merdeka.com:

1. TURUNKAN BERAT BADAN

(Gambar: Pixabay)

Halia dikatakan mampu untuk menurunkan berat badan kita dengan membakar lemak dalam tubuh.

Untuk mendapatkan manfaat ini, anda boleh makan halia segar. Jika itu sukar untuk anda, anda boleh mengambilnya dalam bentuk suplemen atau makanan tambahan kesihatan. Ini boleh membuat anda rasa kenyang setelah memakannya, sekali gus membatasi pemakanan anda.

2. REDAKAN RASA PENING

(Gambar: Andrea Piacquadio/Pexels)

(Gambar: Andrea Piacquadio/Pexels)

Halia juga dipercayai dapat meredakan rasa pening dan loya. Jika anda mengalaminya, cubalah makan halia untuk menangani masalah itu.

Ini boleh dicuba wanita hamil yang kadangkala mengalami gangguan seperti sakit perut, rasa loya dan mabuk.

3. KURANGKAN KESAKITAN HAID

Sesetengah wanita mungkin mengalami kesakitan dan rasa tidak selesa semasa haid. Menurut beberapa penelitian, mengambil halia boleh membantu mengurangkan gejala kesakitan haid.
Jika anda sering merasakan nyeri iaitu rasa sakit seperti ditusuk-tusuk sewaktu haid, anda boleh cuba makan ekstrak halia sekurang-kurangnya 500 hingga 2000 mg pada tiga hari pertama haid.

4. REDAKAN RASA KEMBUNG

Ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kita menghadapi masalah perut kembung. Ini termasuk makan terlalu banyak, sering makan makanan berlemak dan merokok.

Jika anda sering mengalami masalah sedemikian, cubalah minum secawan teh halia. Ini dikatakan dapat membantu melegakan perut anda yang dipenuhi makanan.

5. LAWAN PENYAKIT

(Gambar: Pixabay)

Halia juga bermanfaat dalam usaha mencegah penyakit jantung dan angin ahmar, kerana ia mampu mengurangkan kadar kolestrol dan gula dalam darah. Sekali gus ini mampu menjaga kesihatan pembuluh darah anda.

Ia juga dipercayai dapat mencegah terbentuknya kristal atau batu pada organ hempedu.

Khasiatnya dikatakan menjadi lebih kuat jika dimakan dengan bahan-bahan lain seperti bawang merah dan bawang putih.

6. KUATKAN KEKEBALAN

(Gambar: Jenny Hill/Unsplash)

(Gambar: Jenny Hill/Unsplash)

Menerapkan pemakanan halia dalam rutin anda dapat memperkuatkan sistem kekebalan tubuh. Ini kerana kandungan vitamin C dan magnesium yang ada pada halia.

Halia juga mengandungi 'shogaol', 'gingerol', serta 'zingerone' yang berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh. Antioksidan ini amat baik untuk melawan kesan dari radikal bebas.

7. AWET MUDA

Mahu melambatkan proses penuaan? Halia antara bahan yang dikatakan boleh membantu dalam hal itu. Ia mengandungi sekitar 40 sebatian antioksidan. Antioksidan dalam halia disebut sebagai mampu memulihara kolagen kulit anda.

Ia dipercayai boleh meningkatkan penggantian sel tubuh, sekali gus membantu menangani kulit yang kendur.

Nah, begitulah serba ringkas khasiat-khasiat halia, bahan makanan yang sentiasa ada dalam peti sejuk dan dapur kita.

Selamat mencuba!  

Sumber : Agensi berita/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan