Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

7 khasiat pisang yang anda patut tahu

Selain enak dimakan, pisang juga boleh membantu seseorang menurunkan berat badan, mengurangkan rasa kembung, melawan barah dan meningkatkan tenaga.

Anggaran Waktu Membaca:
7 khasiat pisang yang anda patut tahu

(Gambar hiasan: Alfredo Estrella/AFP)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 11:12AM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 11:17AM

JAKARTA: Selain enak dimakan, pisang juga boleh membantu seseorang menurunkan berat badan, mengurangkan rasa kembung, melawan barah dan meningkatkan tenaga.

Malah, semakin masak (ranum) pisang itu, semakin banyak khasiat yang terdapat di dalamnya.

Berikut adalah tujuh manfaat makan pisang sebagai snek harian:

1. Otot lebih tegap dan kurus

Jika selepas melakukan senaman anda rasa seperti otot anda sakit atau tidak berkembang dengan cepat, anda mungkin tidak mendapat cukup magnesium dalam diet anda.

Pisang merupakan sumber magnesium yang baik kerana ia boleh membantu penguncupan dan kelonggaran otot serta melakukan proses sintesis protein yang seterusnya meningkatkan jisim otot.

2. Cepat sembuh

Kita semua tahu bahawa pisang adalah sumber utama kalium.

Ini kerana pisang merupakan sejenis elektrolit dan kalium membantu otot anda pulih daripada senaman, menguatkan pembangunan otot dan membolehkan anda bersenam lebih lama.

3. Lebih bahagia

Pisang turut mengandungi vitamin B9 iaitu khasiat yang boleh melawan kemurungan dengan meningkatkan substrat yang mempunyai sifat antidepresan.

Satu kajian dalam Jurnal Psikiatri India menegaskan bahawa pesakit dengan kemurungan mempunyai tahap folat darah sekitar 25 peratus lebih rendah daripada paras individu yang sihat.

Sesetengah doktor mengesyorkan peningkatan pengambilan folat (jika anda mengambil antidepresan) untuk meningkatkan kesannya.

4. Kurang tekanan dan kerisauan

Selain vitamin B9 dapat meningkatkan mood anda, pisang juga mempunyai tryptophan iaitu sejenis pelopor untuk serotonin.

Serotonin mungkin adalah bahan kimia dalam otak yang paling penting kerana ia merupakan antidepresan semula jadi dan boleh merawat kebimbangan dan insomnia.

Selain itu, ia juga membantu memulihkan mood seperti keletihan, kerengsaan, pergolakan, amarah, dan sifat agresif.

5. Tidur lebih berkualiti

Tryptophan dalam pisang membantu tubuh untuk rehat dan melaraskan tidur seseorang. Oleh itu, cuba makan sebiji pisang sebelum tidur.

6. Kadar gula dalam darah semakin stabil

Pisang memperlahankan kadar serapan gula ke dalam aliran darah.
Ia merupakan strategi paling berkesan untuk mengekalkan paras gula dalam darah menjadi stabil.

Ini bermakna paras tenaga dan penurunan berat dapat berlaku secara konsisten.

7. Mudah kenyang

Pisang kaya dengan kanji penahan yang menentang proses pencernaan.
Buah tersebut memberi makan bakteria yang sihat dan membantutkan selera selain menjadikan proses pengoksidaan lemak berlaku lebih cekap.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan