Images
  • natural lips
    Ilustrasi bibir. (Gambar: 2017 newhealthadvisor.com)

7 cara segarkan semula bibir anda yang pucat, kering atau tidak bermaya

INDONESIA: Memiliki bibir yang kelihatan sihat dan merah - tidak pucat, kering atau merekah - tentu sekali menjadi idaman ramai orang. Bagi kaum wanita, ini akan membuatkan mereka kelihatan cantik dan menawan. Bagi kaum lelaki pula, ini boleh melambangkan kerapian diri dan manis dipandang.

Penampilan bibir yang baik juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang.

Namun, masalah bibir pudar, gelap atau kehitam-hitaman juga sering dialami ramai. Ini biasanya timbul kerana beberapa sebab termasuk gaya hidup, kesihatan, dan juga pemakanan.


(Gambar: 2013 Merdeka.com/Shutterstock/petrunjela)

Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda tidak perlu khuatir lagi. Berikut adalah beberapa cara untuk memerahkan lagi bibir anda secara semula jadi yang dikongsi laman Merdeka.com:

1. EKSFOLIASI BIBIR


(Gambar: Burst/Pexels)

Cara pertama untuk memerahkan bibir adalah dengan menerapkan rutin mengeksfoliasikan bibir.

Sebelum tidur, sapukan pelembab bibir atau 'lipbalm' yang berkualiti baik. Setelah bangun tidur, gunakan berus gigi berbulu halus untuk menghilangkan kulit mati atau kekeringan di bibir dengan lembut.

Ini juga dapat meningkatkan pengaliran di daerah tersebut.

2. GUNAKAN SKRUB BUATAN SENDIRI


(Gambar: Monfocus/Pixabay)

Anda juga boleh menggunakan skrub bibir buatan sendiri. Ini dapat menolong menghilangkan kulit mati yang berada di bibir.

Gunakan gula pasir untuk eksfoliasi sambil mengunci kelembapan kulit bibir dengan minyak badam dan madu. Terapkan ini dalam rutin seharian anda untuk bibir yang lebih sihat dan merah.

Skrub yang mengandungi buah beri juga berkesan kerana kandungan antioksidan dan vitamin C.

3. SENTIASA HIDRATKAN DIRI


(Gambar: Lisa Fotios/Pexels)

Salah satu penyebab utama kulit kering adalah kekurangan minum air.

Untuk bibir yang lebih sihat, jangan lupa minum lapan gelas air setiap hari.

4. GUNAKAN PRODUK SESUAI


(Gambar: Tijana Drndarski/Pexels)

Untuk memerahkan bibir yang hitam, produk yang sesuai amat penting untuk digunakan.

Pelembab bibir yang mengandungi mentega syea atau 'shea butter', mentega koko atau 'cocoa butter', dan minyak kelapa, memberikan perlindungan semula jadi pada bibir dari sinar matahari.

Jangan memilih produk yang mengandungi bahan yang boleh mengeringkan bibir seperti asid salisilik, mentol dan kapur barus.

5. GUNAKAN VITAMIN E


(Gambar: ready made/Pexels)

Jika anda mempunyai kapsul vitamin E, anda hanya perlu menyapunya di bibir. Vitamin E ini mampu menghasilkan sel kulit baru dan membuat bibir lebih lembut dan kelihatan sihat.

6. LIDAH BUAYA


(Gambar: Franziska Ingold/Pixabay)

Anda juga dapat melembabkan bibir dengan lidah buaya kerana ia mampu menenangkan dan menyembuhkan bibir anda.

Anda boleh membeli gel lidah buaya yang senang didapati di pasaran atau gunakan gel dari batang tanaman lidah buaya yang asli.

7. GUNAKAN LIMAU


(Gambar: Lisa Fotios/Pexels)

Menggunakan beberapa titik jus limau sahaja sudah cukup untuk membuat bibir anda kelihatan cerah, merah dan sekali gus menghilangkan kulit mati.

Namun, pastikan bibir anda tidak pecah-pecah atau terlalu kering sebelum menggosokkan jus limau kepada bibir anda. Ini kerana ia boleh membuat bibir anda rasa pedih.  

- Agensi berita/NJ/nj

Top