Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

6 sebab anda harus bebas teknologi sehari setiap minggu

Telefon bimbit adalah alat pertama yang akan dicapai setiap pagi dan yang terakhir ditatap sebelum tidur.

Anggaran Waktu Membaca:
6 sebab anda harus bebas teknologi sehari setiap minggu

Gambar hiasan. (Gambar: Pixabay)

Diterbitkan : 22 Mar 2021 10:20PM Dikemas Kini : 22 Mar 2021 10:26PM

AMERIKA: Telefon bimbit adalah alat pertama yang akan dicapai setiap pagi dan yang terakhir ditatap sebelum tidur.

Sepanjang hari pula, kita terus-menerus melungsuri pelbagai laman dan aplikasi - baik menggunakan tablet, komputer, televisyen ataupun telefon pintar. Ia seolah-olah tidak pernah dimatikan langsung.

Penyanyi Alicia Keys cuba untuk mengawal mentaliti sedemikian dengan memperuntukkan hari tanpa teknologi, sehari dalam seminggu.

Namun, ternyata ia bukan mudah untuk melalui kehidupan seharian tanpa telefon bimbit.

Dalam wawancaranya dengan Allure sebelum ini, Keys berkata: "Semalam, semasa anak-anak saya tidur. Saya duduk di kerusi dan berfikir, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya perlu melakukan sesuatu? Mendengar muzik? Menulis jurnal? Saya harus melakukan sesuatu. Amalan untuk duduk sendirian bukan sesuatu yang diajarkan kepada kita."

Kita sangat bergantung kepada peralatan sehingga kalau tidak menggunakannya - lebih-lebih lagi sepanjang hari - bukanlah mudah.

Jika anda menimbangkan untuk melakukan 'digital detox' atau tempoh tanpa teknologi, anda perlu memulakan secara bertahap-tahap.

Mungkin tidak menggunakan teknologi selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum cuba meninggalkannya 24 jam, lapor laman Independent.

Langkah itu mungkin agak berat untuk dilakukan tetapi berikut adalah sebab anda perlu cuba memperuntukkan hari bebas teknologi, sehari dalam seminggu.

1. ADA LEBIH BANYAK MASA

Sosial media "mencuri" banyak masa kita dengan kebanyakan orang yang menggunakan aplikasi Instagram misalnya, tahu-tahu sudah dua jam berlalu begitu sahaja tanpa anda menyederinya.

Maka itu, elakkan diri daripada memeriksa akaun media sosial anda dan anda akan mendapati ada lebih banyak masa untuk hobi baru atau masa untuk duduk sahaja dan belajar bersendirian.

2. BOLEH BANTU TIDUR LEBIH NYENYAK

Kita semua tahu bahawa perlunya mematikan telefon bimbit satu atau dua jam sebelum tidur.

Namun, siapa antara kita yang melakukan demikian?

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan berlebihan teknologi "mungkin menyebabkan masalah tidur", lapor laman Independent.

Jadi hadkan waktu menggunakan telefon anda, walaupun setakat satu hari dalam tempoh seminggu dan ia boleh meninggalkan kesan positif ke atas mutu tidur anda.

3. PERTINGKAT KESEIMBANGAN KERJA/HIDUP

Khususnya jika anda bekerja dari rumah, keseimbangan kerja dan hidup seakan sukar dicapai.

Dengan dapur anda kini menjadi pejabat, semakin mudah untuk anda menghabiskan kerja di luar waktu kerja biasa.

Sehari tanpa teknologi, mungkin pada hujung minggu, boleh membantu memperbaiki keseimbangan hidup dan kerja serta mengurangkan kecenderungan untuk kerap memeriksa emel.

4. KURANG TEKANAN

Dengan telefon bimbit sentiasa melekat pada tangan, kita sentiasa maklum tentang berita-berita yang berlaku di sekeliling kita. Ini mungkin memenatkan, khususnya jika emosi anda sering terjejas dengan perkara buruk yang berlaku di dunia.

Langkah untuk berehat daripada kitaran berita yang tidak berhenti mungkin membantu mengurangkan paras tekanan.

Ia juga membantu anda berasa lebih segar apabila anda menghidupkan kembali telefon anda selepas itu.

5. HAPUS MASALAH TENGKUK TEGANG

Sakit tengkuk yang timbul kerana terlalu lama menggunakan komputer riba atau menggunakan telefon bimbit disebabkan otot yang tegang kerana terlalu lama menunduk.

Langkah tidak menggunakan teknologi seketika boleh memberi ruang untuk memulihkan tengkuk dan bahu dan anda juga boleh menggunakan waktu itu untuk melakukan regangan otot supaya membantu melegakan kesakitan itu, menurut lapan Independent.

6. BUKTI KEPADA DIRI SENDIRI

Tiada jalan pintas untuk melakukannya. Meninggalkan teknologi memang bukan mudah. Namun, jika anda berjaya melakukannya - meskipun gagal dalam percubaan sebelum ini - akan membuktikan bahawa anda tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi.

Malah, ini akan membuatkan anda bangga dengan diri sendiri! 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan