Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

6 masalah kesihatan ini boleh berlaku jika terlalu banyak minum susu

Susu merupakan salah satu minuman sihat yang kaya dengan kalsium, mineral, vitamin B12, vitamin D, lemak baik, potasium, dan bahkan fosfor. 

Anggaran Waktu Membaca:
6 masalah kesihatan ini boleh berlaku jika terlalu banyak minum susu

(Gambar hiasan: REUTERS/Lucas Jackson)

Diterbitkan : 02 Sep 2020 07:42PM Dikemas Kini : 03 Sep 2020 07:21AM

JAKARTA: Susu merupakan salah satu minuman sihat yang kaya dengan kalsium, mineral, vitamin B12, vitamin D, lemak baik, potasium, dan bahkan fosfor. Disebabkan oleh kandungan nutrisi yang tinggi daripada minuman ini orang dewasa mahupun kanak-kanak digalak meminumnya.

Pelbagai manfaat kesihatan boleh diperolehi dengan mengamalkan tabiat meminum susu dalam diet. Beberapa kajian mendapati bahawa susu boleh membantu menurunkan berat badan, menguatkan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh.

Meskipun susu menyihatkan badan, ia tidak sepatutnya diminum secara berlebihan kerana ia sebaliknya boleh menimbulkan masalah kesihatan yang tidak diingini.

Menukil Times of India, berikut adalah antara masalah kesihatan yang mungkin berlaku sekiranya anda meminum susu secara berlebihan.

1. Sering mengalami masalah pencernaan
setelah minum susu, anda pastinya akan berasa kenyang. Bagaimanapun, sekiranya anda meminum terlalu banyak susu, anda boleh mengalami kembung serta mual.

Jika hal ini sering berlaku, ia menandakan masalah usus atau intoleransi terhadap usus. Apabila anda intoleran terhadap susu atau meminumnya terlalu banyak, hal ini boleh mengganggu pencernaan serta melepaskan enzim dalam jumlah terlalu tinggi di aliran darah dan menyebabkan masalah dalam tubuh.

2. Rasa lelah
sekiranya tubuh anda tidak sesuai dengan susu,anda akan mengalami sindrom usus bocor. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berasa amat lelah.

A1 kasein yang terdapat di dalam susu kadangkala boleh menyebabkan keradangan di usus dan menggangu keseimbangan mikrob. Hal ini boleh berlaku pada seseorang sekiranya meminum terlalu banyak susu.

3. Kulit berjerawat 
selain itu, apabila anda meminum terlalu banyak susu, anda mungkin boleh mengalami alahan dan jerawat di wajah serta pada bahagian kulit lain. Apabila titik merah jerawat dan ruam kerap muncul di wajah anda, maka penting untuk memeriksa jenis makanan yang anda makan.

Keadaan ini lebih kerap dialami oleh kaum wanita berbanding lelaki.

4. Tulang yang rapuh
Selama ini, susu dianggap sebagai minuman sihat yang sangat baik bagi tulang sendi. Meskipun begitu, jika ia diminum secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan kesan tidak baik pada tulang.

Kajian mendapati bahwa terlalu banyak susu boleh membuat tulang rapuh dan kepadatannya menurun. Oleh itu, jumlah susu yang diminum mesti diawasi supaya tidak berlebihan.

5. Bingung dan masalah daya ingatan
Antara tanda anda meminum terlalu banyak susu adalah apabila anda mengalami masalah daya ingatan dan tidak boleh fokus.

Kandungan kasein dalam susu boleh menipu sejumlah reseptor di otak dan mengeluarkan tanda-tanda yang salah.

6. Mengalami gejala serangan jantung
Satu kajian kecil mendapati bahawa seseorang yang meminum susu lebih daripada tiga gelas sehari berisiko mengalami meningkatnya komplikasi jantung, bagi kaum lelaki. Bagi golongan wanita pula, mereka lebih berisiko menghidap barah.

Malahan, bagi mereka yang sudah menghidap penyakit, meminum susu berlebihan boleh memudaratkan keadaan kesihatan mereka lagi. Oleh itu, adalah penting untuk menghadkan pengambilannya, agar tidak berlebihan.

Kesimpulannya, adalah penting untuk mengamalkan pengambilan susu yang seimbang dalam diet anda agar dapat meraih manfaat daripadanya dan bukan, mencetuskan masalah kesihatan yang tidak diingini. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan