Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

6 jenis makanan ini boleh rosakkan rambut dan kuku

Kesihatan rambut dan kuku mungkin tidak menjadi perkara utama bagi ramai orang. Bahkan hal ini kadangkala diambil sambil lewa dan tidak menjadi perhatian utama.

Anggaran Waktu Membaca:
6 jenis makanan ini boleh rosakkan rambut dan kuku

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 17 Oct 2020 11:47AM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 11:49AM

JAKARTA: Kesihatan rambut dan kuku mungkin tidak menjadi perkara utama bagi ramai orang. Bahkan hal ini kadangkala diambil sambil lewa dan tidak menjadi perhatian utama.

Keadaan rambut dan kuku yang tidak sempurna ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Salah satunya adalah kerana kadar nutrisi yang tidak mencukupi di dalam tubuh.

Corak makan tidak tepat serta kurangnya nutrisi tertentu boleh menyebabkan kuku menjadi tidak berseri dan mudah pecah. Bagi rambut, masalah ini boleh menyebabkan masalah berupa rambut yang mudah patah dan gugur. Baik kuku dan rambut, ia dibentuk oleh protein sama bernama keratin.

Sejumlah nutrisi penting seperti protein, biotin, dan vitamin A sangat penting untuk pengeluaran keratin. Corak makan yang tidak tepat boleh menyebabkan berlaku masalah pada kuku dan rambut.

Justeru ia penting untuk menghindari sejumlah makanan agar tidak muncul masalah pada kulit dan rambut.

Dipetik dari The Health Site, berikut antara corak makan yang penting untuk kesihatan kuku dan rambut.

1. Makan Terlalu Banyak Ikan

Sejumlah jenis ikan seperti
ikan tenggiri atau tuna mungkin memiliki kandungan raksa (merkuri) yang tinggi. Pengambilan ikan dengan kandungan merkuri terlalu tinggi ini mungkin boleh menyebabkan rambut gugur.

2. Makanan Manis

Apabila kadar gula darah tinggi, pankreas akan mengeluarkan lebih banyak insulin. Hal ini juga meningkatkan androgen, hormon lelaki yang boleh menyebabkan folikel rambut menyusut baik bagi kaum lelaki mahupun wanita.

3. Makanan Tinggi Glikemik

Sejumlah makanan boleh cepat dicerna dan diserap sehingga gula darah cepat meningkat. Makanan tinggi glikeik lazimnya tinggi dengan karbohidrat olahan dan gula. Makanan ini juga boleh menyebabkan meningkatnya adrogen pada diri seseorang.

4. Makanan Tinggi Vitamin A

Vitamin A sangat diperlukan untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit kepala. Hal ini boleh membuat rambut lembap dan memperbaiki saluran darah untuk memperkuat folikel rambut bagi pertumbuhannya. Sungguhpun demikian, jika kadar vitamin A terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah keguguran.

5. Kurang Protein

Kurangnya protein pada makanan boleh menyebabkan rambut anda gugur dan kuku menjadi rapuh. Kandungan protein yang tinggi pada makanan sangat bermanfaat bagi rambut dan kuku.

6. Kurang Zink dan Zat Besi

Adanya lengkungan putih pada kuku bukan bererti kalsium yang tersimpan, sebaliknya kurang zink di dalam tubuh. Keberadaan zink dan zat besi sangat penting bagi menghasilkan keratin. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan