Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

50% rakyat S'pura jenis suka mengembara ketika melancong

Hampir separuh masyarakat Singapura ternyata pelancong yang suka mengembara - ramai yang terus-menerus ingin meneroka destinasi-destinasi baru di seluruh dunia. Demikian menurut satu tinjauan online oleh enjin carian pelancongan, Skyscanner.

Anggaran Waktu Membaca:
50% rakyat S'pura jenis suka mengembara ketika melancong

(Gambar hiasan: Marisa Franco/Unsplash)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 12:09PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 12:14PM

SINGAPURA: Hampir separuh masyarakat Singapura ternyata pelancong yang suka mengembara - ramai yang terus-menerus ingin meneroka destinasi-destinasi baru di seluruh dunia. Demikian menurut satu tinjauan online oleh enjin carian pelancongan, Skyscanner, yang mengumpul 511 maklum balas rakyat Singapura, sebagai sebahagian daripada Laporan Trend Pelancongan APAC tahun ini.

Meskipun dianggap sebagai pelancong yang gemar ke kawasan-kawasan bandar, penduduk Singapura sebenarnya jenis yang suka mengembara ke destinasi-destinasi baru. 45 peratus reponden Singapura berkata mereka juga tidak sabar mencuba kegiatan-kegiatan baru semasa bercuti.

Apabila ditanya tentang rancangan pelancongan mereka pada tahun ini, 82 peratus berkata mereka merancang untuk ke tempat yang tidak pernah dikunjungi. Antara destinasi-destinasi yang disebutkan termasuk Habsyah, Guatemala, Iran dan Yaman.

Bagi mereka yang merancang kembali ke destinasi yang pernah dikunjungi (18 peratus), mereka tetap mencari pengalaman baru - seperti kembara jalan raya ke kawasan-kawasan lain di sebuah negara yang tidak pernah diketahui.

(Gambar: Toa Heftiba/Unsplash)

(Gambar: Toa Heftiba/Unsplash)

Bagi rakyat Singapura, banyak yang boleh dilakukan untuk mengembara.

18 peratus responden Singapura menyatakan mereka pernah melancong secara solo atau mempunyai hasrat seperti itu. 17 peratus sudah menaiki belon udara panas atau ingin melakukannya, manakala 14 peratus lagi ingin mendaki gunung atau sudahpun melakukannya.

Lebih separuh (58 peratus) berkata mereka sanggup membelanjakan sehingga S$500 bagi pengalaman baru semasa melancong. Lagi 21 peratus tidak keberatan untuk berbelanja S$1,000 atau lebih bagi sesuatu yang menyeronokkan dan baru.

Meskipun destinasi yang sering dikunjungi pelancong Singapura tidak berubah - seperti Bangkok, Thailand dan Tokyo - mereka menyatakan keinginan untuk mengembara.

Ramai yang berminat untuk melancong ke Dubrovnik di Croatia, Ulaanbaatar di Mongolia dan Berlin di Jerman. Destinasi-destinasi ini antara yang sering 'dicari' menerusi laman web pada tahun ini.

Antara destinasi lain termasuk Moscow, Athens, Bacolod, Hiroshima, Jinjiang dan Padang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan