Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 Tips hilangkan rasa 'pijar' cili pada tangan

Rasa 'pijar' atau panas pada tangan seringkali dialami seseorang yang memasak - mungkin selepas anda memotong dan menumbuk cili atau apa-apa sahaja yang memerlukan anda bersentuhan dengan cili.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Tips hilangkan rasa 'pijar' cili pada tangan

(Gambar: Miguel Andrade/Unsplash)

Diterbitkan : 24 Feb 2019 09:53PM Dikemas Kini : 24 Feb 2019 10:11PM

INDONESIA: Rasa 'pijar' atau panas pada tangan seringkali dialami seseorang yang memasak - mungkin selepas anda memotong dan menumbuk cili atau apa-apa sahaja yang memerlukan anda bersentuhan dengan cili.

Mereka yang berkulit sensitif pula lebih mudah mengalami rasa pijar pada tangan.

Rasanya memang kurang selesa apabila pijar tangan. Apabila tangan yang pijar menggenyeh mata, rasanya benar-benar seperti ingin menangis!

Sememangnya masalah tangan pijar tidak dapat diatasi dengan setakat membasuh tangan saja. Namun, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa itu. Berikut adalah lima tips yang boleh anda cuba:

(Gambar: rawpixel/unsplash)

(Gambar: rawpixel/unsplash)

1. GUNA SABUN CUCI PINGGAN MANGKUK

Sabun cuci pinggan boleh digunakan untuk menghilangkan rasa pijar. Cuma anda perlu tahu cara yang betul untuk menggunakannya.

Campur sabun cuci pinggan dengan air suam. Kemudian, gosok antara celah-celah jari dan ratakan sabun itu pada tangan sehingga rasa 'terbakar' sudah betul-betul hilang.

(Gambar: Davies Designs Studio/Unsplash)

2. SOS TOMATO

Ini mungkin cara lebih mahal berbanding tips lain kerana ia memerlukan anda merendamkan tangan dalam sos tomato.

Lakukan itu selama 15 minit untuk menghilangkan rasa panas pada tangan lalu cuci hingga bersih. Jika anda rasa cara ini satu pembaziran, mungkin anda boleh mencuba tips selanjutnya.

(Gambar: Jason Tuinstra/Unsplash)

(Gambar: Jason Tuinstra/Unsplash)

3. LUMUR TANGAN DENGAN GARAM

Pasti bahan ini selalu ada dalam dapur anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah melumuri tangan dengan garam. Selepas itu, anda hanya perlu membersihkan sisa-sisa garam yang melekat pada jari-jemari anda.

(Gambar: Eiliv-Sonas Aceron/Unsplash)

(Gambar: Eiliv-Sonas Aceron/Unsplash)

4. SIRAM TANGAN DENGAN SUSU

Mereka yang gemar memakan pedas pasti tahu bahawa susu dapat menghilangkan rasa pedas dalam mulut. Jika anda menyiram atau merendamkan tangan dalam susu, kesannya juga sama.

Bahan dalam susu juga ada dalam yogurt. Jadi, anda boleh memilih antara satu daripadanya.

5. ALKOHOL

Walaupun tangan anda terasa seperti sedang terbakar, menggunakan alkohol tidak bererti akan membuat tangan anda lebih teruk. Malah, ia sebaliknya dapat meninggalkan rasa sejuk pada tangan dan menghilangkan rasa pijar dengan pantas.
Selamat mencuba!  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan