Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 perkara yang sebabkan anda sering buang angin

Sesiapa saja yang terlalu sering buang angin pastinya akan cuba mengelak daripada berada di majlis keramaian kerana tidak mahu menanggung perasaan malu.

Anggaran Waktu Membaca:
5 perkara yang sebabkan anda sering buang angin

Gambar hiasan. (Gambar: nigerianbulletin.com/Facebook)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 01:21PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 01:49PM

JAKARTA: Sesiapa saja yang terlalu sering buang angin pastinya akan cuba mengelak daripada berada di majlis keramaian kerana tidak mahu menanggung perasaan malu.

Keadaan terlalu sering kentut disebabkan banyak gas dalam perut yang berlaku kerana lambat makan atau memakan makanan yang mengakibatkan pembentukan gas.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan perut anda menjadi terlalu penuh dengan gas. Malah, beberapa hal tanpa anda sedari boleh membuat anda sering kentut.

1. MENELAN TERLALU BANYAK UDARA

Anda mungkin tidak sengaja menelan udara terlalu banyak ketika makan atau mengunyah gula-gula getah (chewing gum). Udara yang masuk itu kemudian dikeluarkan melalui dua cara iaitu bersendawa atau kentut.

2. MAKAN KOBIS

Terlalu banyak makan sayuran berjenis 'Cruciferous' seperti brokoli atau kobis boleh menimbulkan banyak gas dalam perut. Oleh itu, jika anda makan terlalu banyak, ia akan membuat anda kentut berterusan.

3. BANYAK MINUM SUSU

Enzim tubuh yang mampu mengolah susu barangkali berkurangan bagi para individu yang lanjut usia. Susu yang tidak tercerna dengan baik akan menciptakan pembentukan gas sekali gus menyebabkan anda sering kentut.

4. BANYAK MAKAN KARBOHIDRAT

Terlalu banyak makan karbohidrat boleh mengakibatkan sisa kandungan tidak dihadam dengan baik. Hal demikian boleh menyebabkan bakteria tumbuh, sekali gus mengakibatkan anda buang angin.

5. MINUM SODA

Soda mengandungi pemanis buatan seperti sorbitol atau xylitol yang tidak serap dalam tubuh dengan baik. Pada akhirnya, lebihan ini menjadi makanan bagi bakteria di usus yang menyebabkan gas bertambah dengan banyak.

Pendek kata, beberapa gaya hidup dan makanan yang anda makan boleh membuat anda sering kentut. Oleh demikian, cuba mengelak memakan makanan yang disenaraikan di atas, agar anda tidak sering membuang angin lagi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan