Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 manfaat daun sirih bagi kecantikan kulit dan rambut

Daun sirih termasuk herba yang sarat dengan khasiat sering digunakan dalam dunia perubatan sejak berkurun-kurun lamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
5 manfaat daun sirih bagi kecantikan kulit dan rambut

(Gambar hiasan: Merdeka.com)

Diterbitkan : 30 Dec 2018 05:15PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 05:19PM

INDONESIA: Daun sirih termasuk herba yang sarat dengan khasiat sering digunakan dalam dunia perubatan sejak berkurun-kurun lamanya.

Manfaat daun sirih untuk kecantikan, antara lain termasuk mengubati jerawat, mencegah bau badan dan menurunkan berat badan. Bagaimanakah cara untuk memanfaatkan khasiatnya? Berikut penjelasan selengkapnya.

1. ATASI RETENSI AIR PADA TUBUH

Pengambilan garam atau makanan tidak berkhasiat secara berlebihan, kadang-kadang mengakibatkan retensi air pada tubuh. Akibatnya perut kelihatan lebih buncit dan wajah pula akan kelihatan sembap.

Pada sisi lain, sirih bersifat diuretik. Ini bermakna, sirih mampu menambah aliran cairan yang menumpuk dalam tubuh.

Tumbuk sedikit daun sirih segar, peras airnya, kemudian campur dengan air hangat. Minumlah ramuan ini untuk mengatasi penumpukan cairan dalam tubuh. Sireh juga dapat membantu melancarkan buang air kecil.

2. UBAT ANTI-JERAWAT

Ciri-ciri antijamur dan antibakteria daun sirih berkesan bagi mencegah munculnya jerawat pada wajah, dada, dan punggung. Minyak pati dalam daun sirih pula akan membantu mendinginkan kulit dan mengurangkan bengkak jerawat.

Gunakan daun sirih yang sudah direndam dalam air panas sebagai masker. Letakkan lembaran daun sirih yang sudah layu pada wajah. Airnya juga boleh digunakan untuk mencuci wajah.

3. CEGAH BAU BADAN

Estradiol dan klavikula dalam sirih akan mengawal pengeluaran hormon dan kelenjar peluh. Maka itu, minumlah air rebusan daun sirih setiap hari dan letakkan 2 lembar daun sirih merah yang sudah ditumbuk ke bahagian ketiak secara konsisten.

Minyak pati dalam sirih juga akan membantu anda mengatasi bau badan.

4. CEGAH RAMBUT GUGUR

Pengubatan Ayurveda menyarankan penggunaan daun sirih bagi masalah berkaitan dengan keguguran rambut.

Giling daun sirih dengan minyak bijan atau minyak kelapa. Kemudian sapukan ramuan itu ke seluruh bahagian kulit kepala. Biarkan minyak itu di kulit kepala selama sekurang-kurangnya satu jam sebelum dibilas.

5. TURUNKAN BERAT BADAN

Pengambilan daun sirih bermanfaat untuk meningkatkan sistem metabolisme, meningkatkan perembesan (secretion) dalam sistem pencernaan, serta menghilangkan air berlebihan serta racun dari dalam tubuh. Semuanya penting untuk menurunkan berat badan.

Demikian pelbagai manfaat daun sirih bagi kecantikan wajah, tubuh dan rambut.

Jika anda ingin mencuba salah satu tips di atas, pastikan anda menggunakan daun sirih segar dan peralatan yang bersih. Selamat mencuba! 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan