Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 cara untuk hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat

Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat. Penyebab sakit kepala juga pelbagai -  daripada tidur lewat hingga kepada tidak cukup rehat ataupun tekanan. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 cara untuk hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 08 Nov 2017 01:32PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 12:23AM

BERITAMediacorp: Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat. Penyebab sakit kepala juga pelbagai - daripada tidur lewat hingga kepada tidak cukup rehat ataupun tekanan.

Meskipun sebilangan orang tidak menganggapnya sesuatu yang serius. Namun ia sesuatu yang tidak harus dipandang remeh, menurut laman merdeka.com.

Ramai yang memilih untuk memakan ubat untuk mengatasi sakit kepala.
Meskipun ia akan dapat menghilangkan sakit kepala, dengan cepat, makan ubat secara terus menerus boleh menjejas kesihatan kerana bahan-bahan kimia yang memasuki tubuh. Malah, jika dimakan secara berlebihan, ia akan merosakkan ginjal.

Maka dengan itu, terdapat beberapa cara alternatif dan semula jadi yang bukan sahaja lebih baik tetapi lebih murah.

1. Banyakkan minum air putih

Kadang kala pening kepala menandakan bahawa badan anda tidak mempunyai aliran darah dan oksigen ke otak. Oleh kerana itu, anda mengalami pening kepala. Dengan meminum air secukupnya, badan anda tidak mengalami dehidrasi atau kurang air.

2. Gunakan pek ais

Salah satu cara adalah dengan meletakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau 'numb'. Dengan suhu yang rendah dan sejuk, ia dapat menenangkan otot-otot di kepala. Caranya dengan pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit..

3. Makan kentang

Memang pelik tapi benar. Kentang mempunyai zat kalium yang tinggi. Jika anda berasa pening kepala, badan anda menandakan bahawa anda tidak mempunyai zat kalium yang mencukupi. Namun begitu, ia amat efektif jika memakan kentang direbus sahaja.

4. Makan pisang

Selain kentang, pisang turut mengandungi zat dan khasiat yang tinggi. Pisang kaya dengan potasium dan magnesium. Memakan pisang boleh meredakan pening kepala buat jangka masa panjang. Lebih baik lagi jika ia dilakukan sebagai rutin, makan tiga buah pisang sehari.

5. Hidu minyak ataupun nyalakan lilin aromaterapi

Antara cara untuk menenangkan saraf yang tegang sehingga mengakibatkan sakit kepala adalah untuk menghidu minyak ataupun menyalakan lilin aromaterapi. Selain itu, ia juga dapat menenangkan fikiran dan menghilangkan pening kepala.  

Sumber : Agensi berita/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan