Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 cara bijak pasarkan diri sebagai pekerja bebas dalam ekonomi 'gig'

Ekonomi 'gig' merubah cara bekerja dan mengendalikan perusahaan. Sama ada anda seorang pekerja bebas sepenuh masa mahupun mengambil tugasan sambilan sekali-sekala, pasti anda sedia maklum akan aturan fleksibel cara bekerja sebegini.

Anggaran Waktu Membaca:
5 cara bijak pasarkan diri sebagai pekerja bebas dalam ekonomi 'gig'

Gambar fail seorang pemandu Grab. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 28 Dec 2019 10:49PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 10:55PM

SINGAPURA: Ekonomi 'gig' merubah cara bekerja dan mengendalikan perusahaan. Sama ada anda seorang pekerja bebas sepenuh masa mahupun mengambil tugasan sambilan sekali-sekala, pasti anda sedia maklum akan aturan fleksibel cara bekerja sebegini.

Namun dengan semakin ramainya pekerja bebas yang bersaing untuk menawarkan khidmat yang sama, pengetahuan untuk memasarkan diri sendiri tentu sekali dapat membantu. Lebih ramai yang tahu tentang kemahiran dan khidmat anda, lebih banyak peluang pekerjaan dan lantas, lebih banyak pendapatan.

Money and Bills, sebuah laman celik kewangan (financial literacy), mengesyorkan tip-tip berikut untuk seseorang menonjolkan diri di tengah-tengah pasaran kerja yang penuh dengan pekerja bebas.

1. Bangunkan jenama peribadi - Apabila anda bekerja secara bebas, diri anda adalah jenama anda. Maka itu Money and Bills menyarankan agar anda membangunkan jenama diri yang kukuh agar lebih menonjol di dalam pasaran pekerja bebas.

2. Manfaatkan rujukan dan 'word of mouth' - Pengiklanan dari mulut ke mulut, atau word of mouth advertising, tidak boleh dibeli dengan wang namun adalah antara cara pemasaran paling berharga. Sama ada anda memperuntukkan program rujukan yang rasmi dan tersusun ataupun setakat menggalakkan klien yang puas hati agar berkongsi pengalaman mereka, jenis pemasaran ini jelas dapat membantu anda membangunkan perusahaan anda.

3. Gunakan media sosial untuk pasarkan khidmat anda - Sama ada rakan di Facebook mahupun pengikut di Twitter, media sosial merupakan wadah yang dapat mengumpulkan kenalan dengan mudah. Dan kenalan-kenalan ini, menurut Money and Bills, boleh menjana tugasan baru untuk anda. Laburkan masa untuk memperkukuhkan kedudukan anda di media sosial dan uar-uarkan khidmat anda.

4. Terus belajar dan pertingkatkan diri - Semakin anda mempertingkatkan diri, semakin senang untuk anda mendapatkan pekerjaan berkualiti dan meningkatkan jenama diri. Laburkan masa untuk hadiri kelas-kelas dan menimba kemahiran baru. Selain kursus berbayar, terdapat sumber online seperti Udemy dan YouTube yang menawarkan banyak panduan.

5. Kerjasama dengan pakar lain - Kadang kalanya, tugasan yang besar memerlukan kerjasama dengan pihak-pihak lain. Maka itu, jalinkan hubungan baik dengan pekerja bebas lain yang sehaluan. Dengan cara ini, anda berpeluang mengambil tugasan yang besar dan meraih pendapatan lebih lumayan.

Hakikatnya, ekonomi gig sudah merubah cara ekonomi sekarang dan masa depan. Diharapkan tip-tip yang dikongsi, digandingkan dengan ketekunan dan usaha gigih, dapat membantu anda meraih hasil terbaik dalam persekitaran ekonomi hari ini.

Sumber : Agensi berita/TQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan