Images
  • car

400 peserta beradu Cabaran Subaru Mediacorp

SINGAPURA: Salah satu pertandingan daya tahan paling besar dan lasak kembali tahun ini dengan menarik para peserta dari rantau ini.

Seramai 400 peserta bertarung dalam pertandingan Cabaran Subaru Mediacorp yang bermula sejak pukul 1.00 tengah hari tadi (2 Nov).

Kali ini mereka bersaing bagi merebut hadiah utama yang diimpikan iaitu sebuah kereta baru, Subaru XV 2.0i-S EyeSight yang bernilai S$76,800.

Menarik lagi, jika pemenang berkenaan berpangkalan di Singapura dan berjaya memecahkan rekod selama 82 jam 16 minit, beliau akan menerima COE kereta itu sekali.

Para peserta yang berjaya tahan selama tiga jam juga turut layak memenangi hadiah tambahan bernilai hingga S$10,000 serta wang tunai bagi mereka yang berjaya tahan lebih 48 jam.

- CNA/RU/na

Top