Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

4 cara mudah pastikan rambut sihat dan kuat

Rambut yang sihat dan kuat merupakan salah satu hal yang diidamkan ramai orang. Keadaan rambut menentukan penampilan dan rasa keyakinan diri seseorang.

Anggaran Waktu Membaca:
4 cara mudah pastikan rambut sihat dan kuat

(Gambar: Unsplash/Sercan Solma)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 11:17PM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 11:18PM

JAKARTA: Rambut yang sihat dan kuat merupakan salah satu hal yang diidamkan ramai orang. Keadaan rambut menentukan penampilan dan rasa keyakinan diri seseorang.

Terdapat beberapa hal yang sangat mempengaruhi kesihatan rambut anda. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi sama ada rambut anda sihat atau tidak, adalah makanan seharian serta kekerapan anda merawatnya.

Untuk memastikan rambut anda sihat, terdapat beberapa hal yang patut anda hindari. Perawatan rambut yang tidak betul boleh menyebabkan rambut menjadi mudah gugur dan kering.

Berikut adalah empat tip berguna yang boleh menguatkan rambut anda.

1. Hadkan penggunaan alat rawatan rambut

Beberapa alat rawatan rambut terutamanya yang mengeluarkan bahang panas sebaiknya dihindari. Ia boleh menyebabkan sejumlah masalah yang merosakkan rambut.

Namun ada kalanya anda tidak boleh menghindari daripada menggunakan alat seperti pengering rambut. Jika anda perlu menggunakannya, sebaiknya gunakan dengan cepat. Selain itu, pastikan bahawa ia tidak terlalu panas serta gunakan pelindung panas untuk mengurangkan risiko rambut menjadi rosak.

2. Pastikan kulit kepala sihat

Rambut yang kuat disebabkan oleh kulit kepala yang sihat. Mengurut secara rutin dengan kekuatan sederhana di bahagian kulit kepala boleh menghasilkan rambut yang kuat dan sihat.

Kajian menunjukkan bahawa perbuatan mengurut kulit kepala dapat mendorong pertumbuhan akar rambut. Ini boleh membuat rambut tumbuh lebih lebat dan kuat. Lakukannya secara rutin sambil mencuci rambut anda.

3. Sikat rambut dengan hati-hati

Menyikat rambut secara sembarangan boleh menyebabkannya rosak dan bercabang. Anda harus lebih hati-hati menyikat rambut terutama pada rambut yang kusut.

Ketika menyikat rambut, pastikan anda tidak melakukannya ketika rambut anda basah. Walau begitu jika terpaksa menyikat saat basah, selalu gunakan sikat yang lebar supaya dapat menyisir rambut dengan mudah.

4. Jangan terlalu sering cuci rambut

Sebaiknya hindari mencuci rambut setiap hari. Sekiranya anda tidak mencuci rambut setiap hari, rambut anda akan menjadi lebih kuat dan sihat.

Mencuci rambut terlalu sering malah boleh membuatnya lebih mudah rosak. Ketika rambut terlalu banyak menyerap air, ia lebih mudah mengalami kerosakan.

Empat hal tersebut sebaiknya anda amalkan untuk mencegah rambut menjadi rosak. Jika dilakukan dengan betul, anda bakal memiliki rambut yang sihat dan kuat yang selama ini diidam-idamkan. 

Sumber : Agensi berita/NA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan