Images
  • bread generic
    (Gambar: Rodolfo Marques/Unsplash)

4 cara elak roti cepat bercendawan

INDONESIA: Bukan sahaja nasi, roti juga sudah menjadi salah satu makanan asas yang disukai ramai. Apatah lagi, roti dengan mudah dapat disajikan dengan hidangan lain. Anda hanya perlu memanaskan roti lalu mencecahnya ke dalam kari daging panas yang mungkin dimasak pada hari sebelumnya.

Bukan itu sahaja, roti mudah disimpan dan tidak mudah basi.

Namun, roti cepat bercendawan setelah disimpan beberapa hari - terutama sekali jika ia tidak disimpan dengan cara yang betul. Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya roti tidak cepat berjamuran? Berikut beberapa tips yang boleh anda cuba.

1. SIMPAN ROTI DI TEMPAT SEJUK

Roti yang dibiarkan pada suhu bilik mudah bercendawan. Maka itu, anda dinasihati supaya membungkus roti yang dibeli dalam plastik sebelum meletakkannya dalam peti sejuk. Ini dapat mencegah roti daripada bercendawan.


(Gambar: Louise Lyshoj/Unsplash)

2. BUNGKUS ROTI DENGAN KERAJANG ALUMINIUM

Bungkusan kertas tidak disarankan untuk membungkus roti. Bungkusan seperti itu boleh membuat udara masuk sehingga roti yang disimpan menjadi keras.

Perkara itu tidak akan berlaku sekiranya anda menggunakan kerajang aluminium (aluminium foil). Roti juga tidak mudah bercendawan.

3. BEKUKAN ROTI DALAM 'FREEZER'

Mungkin tips ini jarang didengari ramai tetapi ini antara cara terbaik supaya roti dapat disimpan lama. Masukkan roti dalam bekas kedap udara lalu menyimpannya dalam petak sejuk beku (freezer).


(Gambar: Manki Kim/Unsplash)

"Bagaimana pula kalau roti menjadi terlalu keras?"

Mudah sahaja! Anda hanya perlu memanaskannya dalam ketuhar gelombang mikro atau dalam oven biasa.

4. ELAK LETAK ROTI DI TEMPAT LEMBAP

Jauhkan roti daripada tempat lembap dan berair. Roti yang terkena air lalu dibiarkan begitu saja akan mempercepatkan proses ia bercendawan.


(Gambar: James Harris/Unsplash)

Oleh itu, pastikan anda hanya memotong sebahagian roti yang mencukupi untuk dimakan. Bakinya, anda boleh simpan mengikut cara-cara yang disarankan di atas.

Selamat mencuba! ☺

- Merdeka.com/AQ/aq

Top