Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

4 bulan menyepi, pawagam di S'pura dibuka semula hari ini

Lebih 170 dewan panggung wayang di negara ini di buka semula hari ini (13 Jul) selepas hampir empat bulan ditutup. Pembukaan semula itu disertai dengan langkah-langkah pengurusan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2020 07:41PM Dikemas Kini : 13 Jul 2020 09:23PM

SINGAPURA: Lebih 170 dewan panggung wayang di negara ini di buka semula hari ini (13 Jul) selepas hampir empat bulan ditutup.

Pembukaan semula itu disertai dengan langkah-langkah pengurusan selamat.

Antaranya, setiap dewan hanya boleh menampung 50 orang - bermakna lebih 90 peratus tempat duduk tidak digunakan.

Para pengendali panggung wayang berkata sambutan para pelanggan, terutama ahli kelab wayangnya, tetap menggalakkan meski tidak mencapai tahap sebelum COVID-19.

Selain mengehadkan jumlah penonton di dalam setiap dewan pawagam, tempat-tempat duduknya perlu diatur semula bagi mematuhi peraturan jarak satu meter antara kumpulan-kumpulan penonton.

Memastikan jarak selamat dan kebersihan premis meningkatkan kos tenaga manusia sehingga 30 peratus manakala waktu tayang filem dikurangkan kepada tiga kali bagi setiap dewan berbanding lima sebelum ini.

Satu lagi cabaran yang dihadapi adalah penangguhan pelancaran tayangan filem-filem 'blockbuster' Hollywood.

Lantaran itu pihak pawagam menambah tayangan filem-filem terbitan rantau ini. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan