Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

4,000 pengunjung sambut hari jadi ke-50 Taman Burung Jurong

Langkah-langkah peraturan COVID-19 tidak menghambat sambutan Jubli Emas Taman Burung Jurong pada Ahad (3 Jan). Suasananya tetap meriah dengan dihadiri sekitar 4,000 tetamu termasuk mereka yang sudah lama tidak berkunjung ke sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jan 2021 08:03PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 09:45PM

SINGAPURA: Langkah-langkah peraturan COVID-19 tidak menghambat sambutan Jubli Emas Taman Burung Jurong pada Ahad (3 Jan).

Suasananya tetap meriah dengan dihadiri sekitar 4,000 tetamu termasuk mereka yang sudah lama tidak berkunjung ke sana.

Amigo, seekor burung kakak tua Amazon, adalah antara yang pertama menyampaikan ucapan ulang tahun, bersama hampir 450 penonton.

Meskipun hanya dibuka separuh daripada kapasitinya, ia masih satu sambutan yang cukup istimewa bersama para pengunjung.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Emas Taman Burung Jurong, ia mengenakan bayaran masuk istimewa, hanya S$2.50 bagi penduduk tempatan sepanjang bulan ini.

Harga itu adalah sama dengan harga tiket semasa taman tersebut pertama kali dibuka kepada orang ramai pada 1971.

Acara-acara menarik lain sambutan ulang tahun termasuk penampilan khas burung-burung perintis seperti Big John, yang berusia lebih 50 tahun dan merupakan burung kakak tua paling tua di taman itu. 

Orang ramai juga boleh mengambil gambar detik-detik bersejarah taman ini serta menyertai satu program untuk menjadi 'keluarga titipan' burung bangau flamingo ikonik.

Bagi memastikan pengunjung sentiasa dalam suasana selamat, Taman Burung Jurong akan mengerahkan lebih ramai duta jarak selamat pada hari-hari sibuk.

Ia juga antara empat daya tarikan tempatan yang akan meningkatkan had kapasiti kepada 65 peratus pada bulan depan.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir orang ramai boleh melawat taman ini sebelum ia berpindah ke Mandai. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan