Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

3 sebab bersihkan telinga dengan 'cotton bud' tidak digalakkan

Memang membersihkan telinga dengan putik kapas adalah satu kelaziman. Namun awas, sebenarnya ada sebab mengapa ia tidak digalakkan.

Anggaran Waktu Membaca:
3 sebab bersihkan telinga dengan 'cotton bud' tidak digalakkan

(Gambar hiasan: factrange.com)

Diterbitkan : 04 Jan 2021 11:33PM Dikemas Kini : 04 Jan 2021 11:36PM

INDONESIA: Tabiat buruk yang dilakukan oleh ramai orang adalah dengan membersihkan telinga menggunakan putik kapas atau 'cotton bud'. Bagi sebilangan orang, membersihkan telinga dianggap sihat kerana banyaknya kotoran telinga yang keluar.

Namun sebenarnya di sebalik rasa lega yang datang dari mengorek telinga ini ada bahaya yang tersembunyi. Menurut laman Health Me Up, berikut adalah beberapa sebab mengapa tabiat itu tidak digalakkan.

TELINGA BERUPAYA BERSIHKAN SENDIRI

Tidak seperti kebanyakan anggota badan lain, telinga tidak memerlukan pembersihan yang kerap. Sebabnya, telinga dapat membersihkan diri sendiri.

Elakkan memasukkan benda-benda kecil ke dalam telinga, walaupun ia dilakukan untuk membersihkannya. Selain putik kapas, ini termasuk juga barang kecil lain seperti sepit rambut dan klip kertas yang boleh mencederakan telinga.

TAHI TELINGA SEBENARNYA SIHAT

Semasa menggunakan putik kapas, seseorang akan merasa lega apabila dapat mengeluarkan banyak tahi telinga yang berlebihan dan serpihan. Ini kerana mereka menganggapnya kotoran yang harus dikeluarkan dari telinga.

Sebenarnya, saluran telinga mempunyai sel-sel khusus yang menghasilkan Cerumen, atau tahi telinga. Ia adalah minyak yang melapisi telinga bahagian dalam dan melindunginya selain mengandungi ciri anti-bakteria yang mencegah telinga dalam daripada terkena jangkitan dan memudahkan air untuk mengalir keluar.

Kotoran telinga yang dihasilkan bahagian dalam telinga juga berguna untuk membawa keluar sel kulit mati serta kuman. Terlalu kerap membersihkan kotoran telinga akan menjadikan telinga terasa kering dan kasar. Telinga anda juga tidak dilindungi dari bakteria yang masuk ke dalam.

'JOLOK' GUNA PUTIK KAPAS BOLEH MEMUDARATKAN

Setiap kali anda memasukkan putik kapas ke dalam telinga, anda bukan sahaja memasukkan sama bakteria baru ke dalamnya. Apabila anda melakukan ini, anda juga menolak kotoran ke bahagian dalam telinga.

Daripada membiarkan kotoran telinga keluar sendiri, anda sebaliknya menolak masuk dan membuat kuman dan bakteria terikut masuk.

Apabila putik kapas dijolok terlalu dalam sehingga menyentuh gegendang telinga, ia boleh menyebabkan kerosakan. Gegendang telinga begitu halus, dan mudah pecah jika putik kapas secara tidak sengaja ditolak terlalu dalam. Kadang-kadang semasa pembersihan saluran telinga, ada orang yang tergesel dengan telinga. Ini boleh menyebabkan trauma dan mungkin juga pendarahan telinga.

Jadi, adakah kita benar-benar perlu membersihkan telinga kita? Telinga luar atau Pinna yang boleh dilihat, memerlukan pembersihan yang baik dari semasa ke semasa dengan sedikit sabun dan air ketika mandi. 

LAPORAN BERKAITAN:

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan