Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

3 sahabat selamat pulang lepas tunai umrah dengan tunggang motosikal 'kapcai'

Tiga sahabat selamat tiba di Kota Bharu, Kelantan, selepas berjaya menamatkan misi ‘Gi Mekoh Nga Motor’ untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, Arab Saudi dengan menunggang motorsikal kapcai.

Anggaran Waktu Membaca:
3 sahabat selamat pulang lepas tunai umrah dengan tunggang motosikal 'kapcai'

(Gambar: Facebook/Gi Mekoh Nga Mutor)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 12:10AM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 12:27AM

KOTA BHARU: Tiga sahabat selamat tiba di Kota Bharu, Kelantan, selepas berjaya menamatkan misi ‘Gi Mekoh Nga Motor’ untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, Arab Saudi dengan menunggang motorsikal kapcai.

Tiga peserta kembara berasal dari Kelantan, diketuai oleh Diami Yusoff, 58 tahun, bersama dua rakannya Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40 tahun, dan Mohd Zalani Zulkifli, 64 tahun, tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) kira-kira pukul 3.30 petang selasa (29 Jan).

Encik Diami berkata, perjalanan bermula 3 November 2018 dengan jarak 14,000 kilometer itu memakan masa hampir tiga bulan meliputi tujuh negara iaitu Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Amiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Encik Diami berkata, antara cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan mereka adalah terpaksa menempuh cuaca sejuk melampau iaitu mencecah suhu sehingga -10 darjah Celsius di India dan Iran.

“Kami juga terpaksa mengharungi jalan yang paling sukar dan berlubang di Myanmar dan juga di sesetengah jalan di India selain angin lintang di kawasan padang pasir,” katanya.

“Saya bersyukur dapat menamatkan misi ini dengan hanya menunggang motosikal kapcai malah teruja kerana dapat bawa nama Kelantan,” katanya kepada pemberita di Majlis Ketibaan Kumpulan Penunggang ‘Gi Mekoh Dengan Motor’ di LTSIP.

Ketibaan mereka turut disambut oleh Menteri Besar Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin.

Menceritakan mengenai kos perjalanan terbabit, Diami berkata, perbelanjaan bagi perjalanan pergi dan balik mencecah RM120,000 bagi merealisasikan misi ini hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk sumbangan daripada kerajaan negeri.

“Dalam masa sama, kemesraan dan layanan yang baik penduduk di setiap negara yang disinggahi menyentuh hati kami sehingga ada yang sanggup menawarkan makanan dan tempat tinggal,” katanya.

Encik Diami turut berkata, beliau dalam perancangan untuk membukukan pengalaman mereka untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi mereka yang mempunyai hasrat untuk melakukan perjalanan seperti ini.

LAPORAN LAIN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan