Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

3 masalah kulit yang mungkin muncul akibat penggunaan telefon bimbit

Penggunaan telefon bimbit terutamanya pada kadar waktu yang lama merupakan hal yang tidak boleh kita hindari pada zaman ini.

Anggaran Waktu Membaca:
3 masalah kulit yang mungkin muncul akibat penggunaan telefon bimbit

(Gambar hiasan: Mediacorp/Xabryna Kek)

Diterbitkan : 09 Aug 2019 02:05PM Dikemas Kini : 09 Aug 2019 02:12PM

JAKARTA: Penggunaan telefon bimbit terutamanya pada kadar waktu yang lama merupakan hal yang tidak boleh kita hindari pada zaman ini. Hal ini sudah lama diketahui boleh menyebabkan masalah di bahagian mata serta otak seseorang.

Namun tanpa kita sedari, penggunaan telefon bimbit ini ternyata juga menyebabkan masalah pada kulit. Secara khususnya masalah kulit ini muncul di kulit wajah kita.

Malah kadangkala ia menyebabkan seseorang lebih cepat menua dibanding semestinya.

Sejumlah hal yang lain juga muncul dan membuat keadaan kulit menjadi teruk dan kusam.

1. Kerutan Mata

Seseorang boleh mengalami masalah kulit di bahagian hujung luar mata apabila terdapat kerutan di situ. Masalah ini boleh berlaku sekiranya anda secara konsisten menyipitkan mata untuk membaca buku atau cuba memfokuskan pandangan terhadap sesuatu.

Lazimnya, kerutan ini biasa muncul apabila seseorang berusia 30-an tahun.
Cara Mengatasi Kerutan Kulit

Untuk mengatasi masalah kerutan kulit ini, anda perlu meluangkan masa untuk merehatkan mata anda dan tidak menggunakan telefon bimbit dengan begitu lama.

Selain itu, lumurkan lidah buaya dan biarkan selama 15 minit sebelum membilasnya dengan menggunakan air dingin.

2. Jerawat

Skrin telefon bimbit merupakan bahagian yang mempunyai banyak bakteria. Apabila anda menggunakan telefon, bakteri tersebut akan menempel di wajah dan menyebabkan beberapa masalah.

Untuk menghindari masalah ini, gunakan "handsfree" untuk menjawab panggilan telefon bimbit. Selain itu bersihkan telefon anda secara rutin setiap hari dengan menggunakan kain.

Penting juga bagi anda untuk membersihkan wajah secara rutin.

3. Kulit Tidak Berseri

Kulit kusam atau tidak berseri merupakan keadaan yang terjadi ketika kulit kehilangan warna alaminya. Ketika mengalami keadaan ini, kulit cenderung menjadi kuning atau coklat.

Malah, sekiranya anda menggunakan telefon bimbt terlalu lama ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam. Agar tidak mengalami hal ini, jangan gunakan telefon bimbit anda dua jam sebelum tidur. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan