Images
  • sleep (1)
    (Gambar: Unsplash/Elizabeth Lies)

3 kesan tidur sejurus selepas bersahur

SINGAPURA: Memandangkan sahur dilakukan di pertengahan waktu tidur bagi kebanyakan orang semasa Ramadan ini, ada yang akan pulang ke pangkuan katil setelah selesai makan sebelum memulakan kegiatan dan tugas seharian.

Namun, apakah kesan terhadap kesihatan apabila seseorang itu tidur semula sejurus selepas bersahur? Portal The Diagnosa menyenaraikan beberapa kemungkinan seperti berikut.

1. Dehidrasi tubuh dan otak

Menurut portal The Diagnosa, apabila kita tidur selepas bersahur, air tidak diserap tetapi dibawa terus ke pundi kencing. Perlu diketahui bahawa saluran pemakanan adalah berbeza dengan saluran air kencing.

Air yang diminum daripada saluran pemakanan tidak terus masuk ke dalam pundi kencing kerana ia mestilah diserap terlebih dahulu di dalam saluran pemakanan. Tanpa serapan di dalam usus, maka tidak akan terhasilnya atau terhasil dengan sedikit sahaja air kencing.

2. Makanan tidak diproses dengan normal lalu menjadi toksik

Selesai saja makan, badan kita akan berubah kepada keadaan ‘rest and digest’ atau berehat dan mencerna. Ini merupakan salah satu kaedah yang dikawal oleh otak menggunakan sistem saraf dipanggil ‘parasympathetic nervous system’.

Dalam keadaan itu, kita akan berasa letih dan ingin berehat. Di samping itu, makanan akan dicerna dengan lebih cekap.

Tidur atau tidak selepas makan mahunpun bersahur belum lagi dibuktikan sebagai mengganggu sistem pencernaan.

3. Interaksi otak dengan usus terganggu

Otak manusia sentiasa bekerja walaupun kita sedang tidur. Begitu juga usus kita yang menggunakan sistem otak yang bergerak dengan sendirinya. Ini bermakna tanpa kita sedari, ia akan menjalankan fungsinya seperti pergerakan usus.

Kesimpulannya, tidur selepas bersahur tidak menyebabkan dehidrasi sehingga makanan tidak diserap. Interaksi antara otak dengan usus juga tidak terganggu kerana ia masih lagi belum dibuktikan.

Namun, perlu diketahui bahawa tidur selepas makan akan menyebabkan kita kurang menggunakan kalori tersebut. Ia akan menyebabkan seseorang itu berisiko terhadap kegemukan berlebihan.

Bahkan, ia juga akan menyebabkan seseorang itu mempunyai tabiat tidur selepas makan yang tidak terkawal hingga menyebabkan penyakit kronik lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kalau anda mengantuk dan perlu tidur, seeloknya lakukan selepas empat jam bersahur.  

- Agensi berita/FZ/fz

Top