Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

20 jam 17 minit - tempoh berpuasa paling lama di dunia

Sudah sampai lima hari umat Islam di seluruh dunia meraikan bulan Ramadan serta berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Anggaran Waktu Membaca:
20 jam 17 minit - tempoh berpuasa paling lama di dunia

(Gambar hiasan: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 21 May 2018 04:18PM Dikemas Kini : 21 May 2018 04:24PM

SINGAPURA: Sudah sampai lima hari umat Islam di seluruh dunia meraikan bulan Ramadan serta berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Tempoh berpuasa di seluruh dunia berbeza-berbeza. Ada negara yang hanya berpuasa selama 11 jam sahaja dan yang paling lama pula berpuasa selama 21 jam!

Secara purata, umat Islam di Singapura berpuasa selama 13 jam setengah dari subuh hingga maghrib.

Pada tahun ini, menurut laman Khaleej Times, waktu berpuasa paling panjang adalah di Iceland iaitu sekitar 21 jam (20 jam dan 17 minit) dari subuh pada 2.27 pagi sehingga 10.44 malam.

Finland serta Greenland pula kedua-duanya berada di tempat kedua dengan 19 jam berpuasa (masing-masing 19 jam 25 minit dan 19 jam 21 minit). Ini diikuti pula dengan Norway dan Sweden (masing-masing 19 jam 19 minit dan 19 jam 12 minit).

Waktu berpuasa paling pendek pula adalah di Chile, hanya 10 jam dan 33 minit iaitu perbezaan selama 10 jam 44 minit berbanding Iceland.

Khaleej Times melaporkan juga bahawa negara-negara yang berpuasa kurang daripada 12 jam termasuk New Zealand dengan 11 jam 35 minit dan Afrika Selatan dengan 11 jam 47 minit.

Brazil dan Australia pula berada di tempat keempat dengan 11 jam 59 minit. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan