Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

2 petua tidur: Bagaimanakah untuk tidur dengan lebih nyenyak?

Kebanyakan orang dewasa yang berusia antara 26 dengan 64 tahun harus menyasarkan tempoh tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

Anggaran Waktu Membaca:
2 petua tidur: Bagaimanakah untuk tidur dengan lebih nyenyak?

(Gambar: Pixabay/Free-Photos)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 06:42PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 12:34AM

BRITAIN: Antara masalah utama zaman ini adalah kebanyakan daripada kita tidak mendapat tidur yang secukupnya. Menurut satu tinjauan, 39 peratus warga England mengalami tidur yang terganggu. Dengan itu, apakah rahsia untuk tidur dengan nyenyak?

Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, kebanyakan orang dewasa yang berusia antara 26 dengan 64 tahun harus menyasarkan tempoh tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam, sebagaimana ditukil laman Indy100.

KEJU BANTU DAPATKAN TIDUR LEBIH BAIK?

Pada 2005, Lembaga Keju Britain melakukan satu kajian untuk cuba memberikan jawapan - sama ada keju dapat memudahkan tidur. Hasil dapatannya amat mengalakkan kepada penggemar keju! 75 peratus daripada peserta mengatakan bahawa mereka tidur dengan lena tanpa gangguan dan tidak mengigau. Lebih mengejutkan lagi, para peserta juga boleh mengingat kembali mimpi mereka!

Asid amino yang terkandung di dalam susu, dan juga keju - trytophan - memberi kesan kepada mereka yang memakan keju dengan menstabilkan corak tidur mereka dan mengurangkan paras tekanan, lapor laman Indy100.

Dengan itu, memakan sedikit keju sebelum tidur mungkin satu percubaan yang boleh anda lakukan jika anda ada masalah tidur.

TERJAGA PADA TENGAH MALAM? APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN?

Semua orang pernah mengalami situasi ini, terjaga pada tengah malam.

Ramai yang mungkin tergerak untuk melihat telefon bijak untuk mendapat tahu maklumat terkini.

Namun demikian, anda sepatutnya harus melawan kehendak untuk berbuat demikian kerana para pengkaji dari Harvard mengatakan bahawa lampu biru boleh menjejaskan jadual tidur seseorang sehingga tiga jam!

Jika ia bukan kecemasan, anda seharusnya tunggu sahaja sehingga siang, menurut laman Indy100. Anda pasti akan berasa lebih cergas. 

Sumber : Agensi berita/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan