Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

125,000 berjaya sertai Pokemon GO Safari Zone

Puluhan ribu peminat permainan Pokemon GO menyertai acara Pokemon GO Safari Zone yang berlangsung di Sentosa pada Khamis (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2019 10:47PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 10:51PM

SINGAPURA: Puluhan ribu peminat permainan Pokemon GO menyertai acara Pokemon GO Safari Zone yang berlangsung di Sentosa pada Khamis (18 Apr).

Para pengunjung berpeluang memburu watak-watak Pokemon yang baru dan jarang ditemui semasa acara yang dianjurkan buat pertama kali di Asia Tenggara.

Alat pengecas mudah alih dan botol-botol air menjadi pelengkap bagi kebanyakan pengunjung ke acara itu.

Dilancarkan pada 2016, Pokemon GO adalah sebuah permainan realiti tambahan (AR) yang membolehkan para pemain menangkap watak-watak Pokemon menggunakan telefon bimbit.

Seramai 125,000 orang berjaya diundi untuk menyertai acara itu, dengan 80 peratus adalah penduduk tempatan manakala bakinya merupakan warga asing.

Sebelum memulakan permainan, para pemain perlu mendaftarkan diri dengan mengimbas kod QR mereka di Pahlawan Green dan Resorts World Sentosa.

Acara itu akan berlangsung di Sentosa sehingga Ahad (21 Apr). 

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan