Images
  • work from home
    (Gambar: Priscilla Du Preez/Unsplash)

10 tip untuk jaga bahagian belakang anda semasa bekerja dari rumah

SINGAPURA: Bekerja dari rumah sememangnya terdapat pelbagai cabaran. Bukan sahaja peluang untuk berinteraksi bersama saudara mara dan rakan-rakan berkurangan, anda juga harus pandai mengimbangi tugasan kerja harian dengan tugas-tugas rumah tangga.

Dengan kebanyakan rumah biasanya tidak mempunyai kemudahan lengkap sebuah pejabat, keadaan sedemikian boleh menjejas kesihatan pekerja.

Contohnya, kebanyakan pekerja akan menggunakan meja makan, sofa atau sudut di lantai untuk membuat kerja. Namun, hakikatnya, ia mempunyai pelbagai mudarat dan mengakibatkan masalah seperti sakit belakang, tengkuk dan postur badan yang tidak bagus.

Sejak penularan COVID-19, kebanyakan pekerja kini bekerja dari rumah.

Berikut ini adalah 10 tip yang dikongsi pakar terapi di Amerika Syarikat Kelly Starret untuk mengurangkan rasa sengal-sengal dan sakit belakang.
akibat duduk terlalu lama.

1. Belajar bernafas dari perut.
2. Duduk di hujung kerusi.
3. Jika di rumah, kadang-kala duduk di lantai dan bukan kerusi atau sofa.
4. Sekerap mungkin, duduk bersila (tetapi kerap menukar tempat duduk dan posisi kaki)
5. Bangun dari kerusi setiap 20 minit.
6. Pastikan banyak minum air supaya badan anda tidak kekurangan air, kerana ia membantu fungsi otot dan tulang sendi.
7. Lunjurkan kaki anda semasa duduk. Ini membantu mengekalkan dan memperbaiki fungsi pinggang dan pergerakan anda.
8. Berdiri ketika melakukan kerja, atau tinggikan meja anda dengan menggunakan barangan seperti buku atau kotak. Posisi membongkok di atas kerusi bagi tujuan melihat skrin komputer akan mendatangkan tekanan yang hebat kepada leher anda terutamanya cervical vertebrae yang menyambungkan tulang belakang dengan kepala anda.
9. Cuba ambil masa untuk melakukan pergerakan pinggang untuk mengaktifkan otot-otot di antara tulang belikat. Ini akan membolehkan perjalanan darah dan nutrien.
10. Cuba melakukan senaman yoga dan pilates untuk membantu melonggarkan otok-otot anda.

Mesej utama beliau ialah kerap bergerak - tidak kira dengan apa cara pun.

Jelas sekali, duduk terlalu lama akan mengehadkan pengaliran darah di dalam kaki.

Ini akan menyebabkan darah untuk berkumpul pada buku lali lalu menyebabkan ia membengkak, pergumpalan darah serta vena varikos,
tulang menjadi lebih lemah dan kurang tumpat.  

- Agensi berita/NA/na

Top