Images
  • motorbike
    10,000 motosikal elektrik bakal beroperasi jelang suku pertama 2020.

10,000 motosikal elektrik bakal beroperasi jelang suku pertama 2020

SINGAPURA: Lebih banyak motosikal elektrik akan mengisi jalan-jalan raya Singapura seawal suku pertama tahun depan. Ini selepas sebuah firma tempatan mendapat suntikan dana $2 juta untuk menghasilkan motosikal elektrik.

Diberi nama Scorpio Electric, motosikal elektrik yang dihasilkan Eurosports Technologies bertujuan untuk membantu menghuraikan masalah pencemaran udara yang teruk di Asia.

Namun, terdapat tanda tanya sama ada ia dapat menarik minat para pembeli.

Data dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan bahawa sehingga Disember tahun lalu, hanya terdapat dua motosikal elektrik di Singapura.

Sebagai permulaan, firma itu memberi tumpuan kepada menghuraikan masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan motosikal elektrik.

Misalnya, menurut firma tersebut, motosikal berkenaan boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang tiga jam. Ia juga adalah motosikal 'bijak' yang boleh menghantar dan menerima perkembangan keadaan trafik secara langsung.

Syarikat tersebut mahu menghasilkan prototaip yang siap dihasilkan menjelang Jun tahun ini, dan mula menghasilkannya dalam suku pertama tahun depan.

Sekitar 10,000 motosikal dijangka akan dihasilkan bagi pengeluaran pertama, dengan sejumlah besarnya dieksport ke negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Eurosports Technologies merancang untuk memperkenalkan motosikal elektrik model permulaan dengan harga sekitar $10,000 hingga $15,000. 

- CNA/NF/ai

Top