Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zizan kahwin tidak lama lagi, calonnya "semua sudah tahu"

Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya tahun hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Zizan kahwin tidak lama lagi, calonnya "semua sudah tahu"

(Gambar: zizanrazak869/ Instagram)

Diterbitkan : 07 Jun 2018 09:20PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 09:26PM

KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya tahun hadapan.

Zizan memberitahu Astro Awani bahawa dia memasang niat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat namun semuanya masih dalam perancangan.

"Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.

"Jadi, saya harus pilih yang terbaik," katanya ketika ditemui Astro Awani dalam majlis berbuka puasa di Hotel Eastin Kuala Lumpur kelmarin (5 Jun).

Zizan akui bahawa beliau sudah ada calon. Tetapi pelawak popular itu enggan mendedahkan siapa wanita berkenaan.

"Sudah tentu dia perempuan... Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.

"Saya tahu, anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut," tambahnya dalam laporan tersebut.

Jelas Zizan lagi, dia mahukan pasangan hidup yang memahami antara satu sama lain dan menjadi lebih daripada seorang sahabat.

"Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, Astro Awani difahamkan Zizan bakal sekali lagi ke Indonesia selepas Aidifitri ini untuk penggambaran filem terbaharu bersama produksi negara republik itu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan