Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ziana Zain sekeluarga tetap meriah sambut Hari Raya

Tidak mahu menjadikan ujian dalam rumah tangga sebagai beban, Ziana lahirkan rasa bertuah kerana mempunyai keluarga yang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Ziana Zain sekeluarga tetap meriah sambut Hari Raya

Ziana Zain. (Gambar: Ziana Zain/Instagram)

Diterbitkan : 16 Jun 2018 11:38PM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 11:40PM

MALAYSIA: Meskipun baru-baru ini berdepan ujian dalam rumah tangganya, persiapan dan sambutan Aidilfitri untuk anak-anak dan keluarga penyanyi Ziana Zain berlangsung seperti biasa.

Tidak mahu menjadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu beban, Ziana lahirkan rasa bertuah kerana mempunyai keluarga yang ramai dan sentiasa riuh rendah, menjadikan hidup mereka sentiasa meriah.

Menurut laporan AstroAwani, ibu kepada Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar, 15, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9, itu turut menyifatkan dirinya beruntung apabila anak-anak tidak cerewet, malah sentiasa bersederhana dalam membuat persiapan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya beruntung kerana anak-anak semuanya jenis yang tidak cerewet dan hanya mahu apa yang menjadi keperluan mereka sahaja," kata Ziana Zain.

“Memang sejak kecil lagi saya sentiasa didik mereka untuk sentiasa besederhana tidak kiralah dalam apa pun termasuk sambutan hari raya."

“Anak saya yang sulung, Aiman, setiap kali hendak membeli sesuatu mesti akan tanya saya dulu sama ada saya ada bajet atau tidak, selain mengingatkan saya agar tidak membazir,” tambah Ziana, yang turut mendapat beberapa tajaan baju raya daripada pereka tempatan.

Berkongsi tentang perancangan rayanya pada tahun ini, kata Ziana, dia bercadang untuk membawa anak-anak bercuti.

Menurut AstroAwani lagi, meskipun belum menetapkan lokasi pilihan, Ziana berharap agar perancangan tersebut menjadi kenyataan memandangkan permintaan itu sudah lama dibuat anak-anaknya.

“Dah lama mereka ajak bercuti, tetapi sebelum ini masa saya tidak begitu mengizinkan kerana terikat dengan pelbagai komitmen kerja,” jelasnya, seperti ditukil laporan AstroAwani.

Bercerita tentang sambutan rayanya bersama keluarga, kata Ziana, ia sentiasa menjadi perkara yang paling manis dalam hidupnya baik dari dulu hingga kini.

Malah sambutan rayanya dan keluarga sentiasa meriah setiap tahun kerana masing-masing suka berkumpul bersama keluarga meskipun sudah berumahtangga.

“Bila berkumpul adik-beradik ni, masa yang paling ditunggukan mestilah ketika sesi bermaaf-maafan dengan anak dan mak."

“Kalau dulu, kami sesama adik beradik sahaja, sekarang dengan anak masing-masing yang tentunya lebih menggamatkan suasana.

“Alhamdulillah, kami masih lagi merasai kemeriahan raya yang dilalui seperti mana kami kecil dulu,” ujar Ziana yang menggemari juadah rendang dah kuah kacang.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan