Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zaibo hidap barah esofagus, dimasukkan ke hospital

Pelakon veteran, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62 tahun, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh di Selangor kerana menghidap kanser esofagus (esophageal cancer).

Anggaran Waktu Membaca:
Zaibo hidap barah esofagus, dimasukkan ke hospital

Zaibo (paling kanan) dalam satu episod Under One Roof (Petikan video: Toggle)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 12:01PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 12:21PM

MALAYSIA: Pelakon veteran, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62 tahun, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh di Selangor kerana menghidap kanser esofagus (esophageal cancer).

Menurut laporan Harian Metro, Zaibo hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolesterol sebelum ini.

"Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus dan perlu menerima rawatan di Sungai Buloh.

“Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan ke Hospital Sungai Buloh pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini," menurut Zaibo seperti dinukil Astroawani.

“Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.

“Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan."

Menurut Astroawani, simptom penyakit yang dialami membuatkan Zaibo tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.

Pelakon tersebut turut terkenal di Singapura menerusi lakonan beliau dalam siri 'Under One Roof'.

“Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan," katanya lagi, seperti ditukil Astroawani.

Sudah lebih dua tahun tidak berlakon, Zaibo memohon agar semua pihak terutamanya rakan serta sahabat handai yang mengenali dapat mendoakan kesembuhan serta urusannya dipermudahkan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan