Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zahirah Macwilson tuduh Zul Ariffin buat "fitnah", beri penjelasan isu 'selfie' dekat jenazah

Menyusuli kenyataan pelakon Zul Ariffin 'menyampah' bahawa bekas kekasihnya, Zahirah Macwilson, berselfie berhampiran jenazah arwah ibu Zul, pelakon wanita itu tampil menafikan tuduhan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahirah Macwilson tuduh Zul Ariffin buat "fitnah", beri penjelasan isu 'selfie' dekat jenazah

Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin. (Gambar-gambar: Instagram)

Diterbitkan : 16 Apr 2018 08:55PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 09:02PM

KUALA LUMPUR: Menyusuli kenyataan pelakon Zul Ariffin 'menyampah' bahawa bekas kekasihnya, Zahirah Macwilson, berselfie berhampiran jenazah arwah ibu Zul, pelakon wanita itu tampil menafikan tuduhan berkenaan.

Dalam tukilan laporan Sinar Harian, pelakon 23 tahun itu juga dilaporkan 'terkejut' membaca kenyataan Zul.

"Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?

"Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu.

"Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada.

"Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja," kata Zahirah, dalam wawancara dengan Astro Gempak.

Pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu juga mendedahkan beliau 'tidak faham' dengan tindakan Zul yang seakan-akan mahu memburukkannya.

"Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?

"Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini.

"Apa yang berlalu, biar berlalu kerana saya mahu terus maju memandang apa yang ada di hadapan serta memberikan fokus kepada karier selepas ini," katanya lagi, seperti dipetik Sinar Harian. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan