Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

YouTube selar kontroversi video mayat yang jadi viral

Youtube, rangkaian kongsi video terbesar dunia, memberikan respons semalam (2 Jan) terhadap video yang memaparkan mayat seseorang yang dimuat naik oleh salah seorang bintang popularnya pada hujung minggu lalu, menurut laporan agensi berita Xinhua. 

Anggaran Waktu Membaca:
YouTube selar kontroversi video mayat yang jadi viral

Petikan skrin bintang YouTube Paul Logan. (Gambar: YouTube / Logan Paul Vlogs)

Diterbitkan : 03 Jan 2018 12:44PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 02:56PM

SAN FRANCISCO: Youtube, rangkaian kongsi video terbesar dunia, memberikan respons semalam (2 Jan) terhadap video yang memaparkan mayat seseorang yang dimuat naik oleh salah seorang bintang popularnya pada hujung minggu lalu, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Bintang Youtube, Logan Paul, memuat naik rakaman sepanjang 15 minit yang memaparkan mayat seorang lelaki yang bunuh diri di sebuah hutan di Jepun menerusi saluran YouTubenya yang mempunyai sekitar 15 juta pengikut.

Video tersebut menunjukkan Paul dan rakan-rakannya meredas hutan rimba Aokigahara di Jepun di mana mereka terjumpa mayat seseorang yang dipercayai bunuh diri.

Hutan Aokigahara juga dikenali sebagai "Hutan Bunuh Diri" kerana ramai warga Jepun menjadikannya sebagai tempat untuk bunuh diri.

Paul, yang mempunyai pengikut seramai 3.92 juta di Twitter, dikritik ekoran video yang "menjijikkan" itu oleh pengguna YouTube yang lain.

Beliau kemudian menurunkan video tersebut dan meminta maaf menerusi Twitter atas perbuatannya itu.

Di tengah-tengah kemarahan para penggunanya, YouTube, yang dimiliki syarikat gergasi teknologi Google, mengeluarkan kenyataan semalam (2 Jan) yang menjelaskan dasarnya untuk mengharamkan kandungan ganas dan tidak sesuai.

"Ingatan kami ditujukan kepada keluarga mangsa yang dipaparkan dalam video itu. YouTube mengharamkan kandungan ganas atau tidak sesuai yang sengaja dimuat naik untuk menimbulkan sensasi atau mengejutkan orang ramai," menurut kenyataan YouTube. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan