Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yayan Ruhian dan Cecep dari THE RAID bakal beraksi dalam John Wick 3

Pelakon aksi nekad Indonesia, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman, sekali lagi mengukir sejarah kerana akan membintangi filem John Wick, di samping pelakon terkenal Hollywood, Keanu Reeves sebagai watak utama.

Anggaran Waktu Membaca:
Yayan Ruhian dan Cecep dari THE RAID bakal beraksi dalam John Wick 3

Cecep Arif Rahman dan Yayan Ruhian. (Gambar: pinterest/wokeepedia)

Diterbitkan : 26 May 2018 09:51PM Dikemas Kini : 26 May 2018 10:36PM

INDONESIA: Pelakon aksi nekad Indonesia, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman, sekali lagi mengukir sejarah kerana akan membintangi filem John Wick, di samping pelakon terkenal Hollywood, Keanu Reeves sebagai watak utama. Menurut The Hollywood Reporter, filem itu bakal ditayangkan tahun depan.

Sebelum ini, Yayan dan Cecep mendapat perhatian dunia menyusuli kejayaan filem THE RAID dan penampilan mereka dalam film Star Wars: The Force Awakens. Dalam John Wick 3, Yayan dan Cecep bakal memainkan peranan antogonis sebagai pembunuh handal yang memburu Keanu Reeves.

Selain mereka, Tiger Hu Chen dari filem 'Man of Tai Chi' dan Mark Dacascos dari filem 'Agents of S.H.I.E.L.D' juga akan memainkan watak sebagai musuh John Wick, lapor Merdeka.com. John Wick 3 akan turut menampilkan beberapa watak baru seperti pelakon cantik, Halle Berry, yang pernah merangkul anugerah Oscar. Halle Berry akan berperanan sebagai Sofia, seorang watak protagonis.

Angelica Huston dan Asia Kate Dillon juga antara wajah baru dalam siri filem tersebut di mana mereka masing-masing akan memainkan watak sebagai 'The Director' dan 'The Adjudicator of the High Table'.

Laurence Fishburne, Ian McShane dan Lance Reddick, lapor Merdeka.com, akan memainkan watak sama seperti dalam siri filem John Wick yang sebelumnya.

Penggambaran bagi filem tersebut sudahpun dijalankan. Ia bakal mengisahkan bagaimana John Wick berjuang untuk menjalani kehidupan seperti biasa sedang kisah silamnya sebagai seorang pembunuh terus menghantuinya. Setelah membunuh anggota syarikat The High Table, John Wick kehilangan semua hak istimewanya dalam dunia penjenayahan. Sesiapa yang berjaya membunuhnya dijanjikan AS$14 juta (S$18 juta)!

Filem John Wick 3 dijangka mula dimainkan di layar perak bermula 17 Mei 2019.

Sumber : Agensi berita/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan