Images
  • disney lion king
    Filem baru 'The Lion King' dijadual ditayangkan di pawagam pada 2019. (Gambar: Disney/Facebook) 

Walt Disney Studios keluarkan treler filem 'The Lion King' baru

BERITAmediacorp: Ramai peminat filem animasi 'The Lion King' yang baru gembira apabila treler yang dinanti-nantikan akhirnya didedahkan oleh Walt Disney Studios baru-baru ini.

Sejak dikeluarkan pada Khamis (22 Nov), treler filem baru 'The Lion King' yang memaparkan sekilas babak-babak utamanya itu ditonton sekitar 225 juta kali dalam tempoh 24 jam. Ini sekaligus menjadikannya treler Disney yang paling banyak ditonton dalam sehari.


Filem animasi pertama 'The Lion King' dikeluarkan pada tahun 1994. Seperti filem asalnya, Elton John dan Hans Zimmer akan kembali menggubah muzik bagi filem terbaru ini. Filem baru itu juga agak berbeza daripada filem asal - ia bersifat fotorealistik dan dihasilkan menerusi animasi komputer.

Filem baru arahan Jon Favreau itu akan menampilkan suara-suara Donald Glover sebagai Simba, Beyoncé sebagai Nala, Chiwetel Ejiofor sebagai Scar dan James Earl Jones yang sekali lagi memainkan watak Mufasa.


Sebilangan warga siber bagaimanapun rasa ragu-ragu dengan percubaan terbaru Disney untuk mereka semula filem klasik itu.


Sungguhpun demikian, rata-rata ramai yang memberi sambutan hangat terhadap treler itu, dan mengalu-alukan versi baru filem tersebut.


Filem baru 'The Lion King' dijadual ditayangkan di pawagam pada 2019. 

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top