Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vokalis Iklim, Saleem parah terlibat dalam kemalangan

Vokalis terkenal kumpulan Iklim, Saleem, dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam satu nahas.

Anggaran Waktu Membaca:
Vokalis Iklim, Saleem parah terlibat dalam kemalangan

(Gambar: aku_saleem/Instagram)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 08:08AM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 08:13AM

KAJANG: Vokalis terkenal kumpulan Iklim, Saleem, dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam satu nahas.

Motosikal yang ditunggang penyanyi berusia 56 tahun itu dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta sehingga beliau tercampak.

Isterinya, Juriah Bachok, memberitahu Berita Harian Malaysia bahawa Saleem dalam keadaan parah. Suaminya itu hanya sedar dua kali sahaja sejak kemalangan yang berlaku Khamis (20 Sep), pada sekitar 3.20 petang.

“Dua belas tulang rusuknya patah dengan satu daripadanya tercucuk paru-paru. Pemeriksaan doktor turut mendapati berlaku pendarahan pada otak kiri. Dua batang giginya juga patah dalam kejadian itu," kata isterinya.

“Doktor terpaksa menebuk paru-paru Saleem untuk membolehkannya bernafas dengan oksigen."

Pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera.

BH Online difahamkan Saleem masih mampu memberi respons semasa dalam ambulans ketika dikejarkan ke hospital. Namun, keadaanya menjadi kritikal tidak lama kemudian.

Mengulas lebih lanjut, isteri Saleem mengatakan suaminya hanya mampu menggerakkan tangan dan kaki pada pada sekitar jam 1.00 pagi (21 Sep). Saleem juga sempat membuka mata dan menggerakkan bibir, namun tidak mengeluarkan suara.

SEMPAT TELEFON ISTERI

“Setiap kali sedar, Saleem mengalirkan air mata, mungkin menahan sakit yang teramat sangat," kata Cik Juriah.

“Saya sedih melihat keadaan suami. Seumur hidup dia tidak pernah mendapat kecelakaan."

Isteri Salim mendapat tahu tentang kejadian yang menimpa suaminya selepas mendapat satu panggilan pada sekitar 3.45 petang Khamis (20 Sep).

Beliau memberitahu BH Online bahawa Saleem sempat meminta orang yang membantu supaya menghubunginya. Apabila di tempat kejadian, ambulans bagaimanapun sudah membawanya ke hospital Kajang. Kemalangan berlaku di Taman Mahkota Cheras.

“Saya mohon semua orang mendoakan agar Saleem cepat sembuh,” tambahnya lagi. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan