Images
  • vivy (1)
    Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar. (Gambar: @vivyyusof/Instagram)  

Vivy Yusof selamat bersalin, namakan anak bongsu Sarah Ilham Shah

KUALA LUMPUR: Usahawan Malaysia dan pengasas jenama fesyen terkenal FashionValet, Vivy Yusof dikhabarkan selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga pada petang Rabu (10 Okt).

Menurut laporan Astro Awani, berita gembira itu dikongsi oleh suami Vivy, Fadzarudin Shah Anuar menerusi akaun Instagramnya.

Astro Awani menukil Encik Fadzarudin sebagai berkata keadaan Cik Vivy dan bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan stabil.

Malah, pasangan itu turut mengumumkan nama anak perempuan mereka, iaitu Sarah Ilham Shah.

Encik Fadzarudin terlebih dahulu memuat naik gambar beliau menemani Cik Vivy di hospital menerusi Instastory, lapor Astro Awani.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5 tahun, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun. 

- Agensi berita/AI/ai

Top