Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Ustat' PASKAL beri penghormatan kepada bomba terkorban dalam operasi Puchong

Pelakon filem 'PASKAL', Taufiq Hanafi, memberi penghormatan di akaun Instragramnya kepada para anggota bomba Malaysia yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di Puchong baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
'Ustat' PASKAL beri penghormatan kepada bomba terkorban dalam operasi Puchong

(Gambar: Instagram/@taufiqhanafi11)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 11:11AM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 11:24AM

MALAYSIA: Pelakon filem 'PASKAL', Taufiq Hanafi, memberi penghormatan di akaun Instragramnya kepada para anggota bomba Malaysia yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di Puchong baru-baru ini.

Astro Awani melaporkan, pelakon yang membawa watak Leftenan Khairil Fikri Abdul Musa atau 'Ustat' dalam filem itu, turut berkongsi catatan yang dimuat naik anggota bomba Adnan Othman.

Allahyarham Adnan Othman, yang menggunakan nama Adnan Othman Tokey Gula, memuat naik status mengenai kematian di laman sosial Facebook miliknya, menurut Astro Awani.

Sebelum ini media melaporkan enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor lemas dalam operasi SAR mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Dalam kejadian berkenaan, kesemua anggota terbabit dilaporkan lemas ketika mencari seorang remaja 17 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong tersebut, menurut Astro Awani.

Mayat remaja tersebut sudahpun dijumpai dan dikebumikan pada Khamis malam (4 Okt).

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan