Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

The Killers, DJ Martin Garrix antara artis Grand Prix F1 S'pura 2018

DJ terkenal Martin Garrix dan kugiran rock Amerika The Killers adalah antara artis antarabangsa yang bakal menggegarkan pentas konsert litar perlumbaan Marina Bay dari 14 hingga 16 September.

Anggaran Waktu Membaca:
The Killers, DJ Martin Garrix antara artis Grand Prix F1 S'pura 2018

(Gambar: Multimedia Entertainment)

Diterbitkan : 24 May 2018 04:24PM Dikemas Kini : 24 May 2018 04:25PM

SINGAPURA: DJ terkenal Martin Garrix dan kugiran rock Amerika The Killers adalah antara artis antarabangsa yang bakal menggegarkan pentas konsert litar perlumbaan Marina Bay dari 14 hingga 16 September.

Barisan artis yang bakal membuat persembahan diumumkan oleh penganjur Singapore GP hari ini (24 Mei).

Turut membuat persembahan - Liam Gallagher, Dua Lipa, Simply Red, The Sugarhill Gang, Bjorn Again, Young Fathers dan kugiran pop-rock Jepun Sekai No Owari.

Penyanyi Chou dijadualkan menyanyikan lagu-lagu hit daripada album studionya yang ke-14, Jay Chou's Bedtime Stories, di pentas Padang pada 14 September.

Penyanyi mando-pop Jay Chou pula akan berduet dengan penyanyi jaz tempatan Joanna Dong. Baru-baru ini, Chou membimbing Dong dalam rancangan realiti Sing! China.

Dong dan lapan lagi penyanyi tempatan akan menyemarakkan lagi suasana di Circuit Park. Para penonton boleh menjangkakan persembahan dari Abby Simone x MMLD, Miss Lou, Picks, M1LDL1FE dan persembahan dari Myrne, EATMEPOPTART, EMONIGHTSG dan Matteblacc.

Artis-artis antarabangsa yang akan membuat persembahan termasuk Afro Celt Sound System, House Gospel Choir, Stars and Rabbit, DJ Lizzy Wang dan Boys in the Band.

Bonesthemachine & Drewdollaz, The Bucket Boy dan Two Gentlemen juga bakal membuat persembahan.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai penjualan tiket F1, sila lungsuri laman web Singapore GP.

Sumber : CNA/KN/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan