Images
  • imran ajmain
    Imran Ajmain. (Gambar: Imran Ajmain/Facebook) 

"Terima kasih kerana hormat dan memahami" - Peminat SHINee puji tweet Imran Ajmain

MALAYSIA: Peminat kumpulan SHINee di Malaysia memuji penyanyi Singapura, Imran Ajmain kerana memahami kesedihan yang dirasai mereka menyusuli berita kematian vokalis utamanya, Jonghyun.

Catatan Imran di media sosial mengenai Jonghyun menarik perhatian Shawols (peminat SHINee), menurut laporan Astro Awani.

Menerusi catatan di media sosial Twitter miliknya, penyanyi Singapura itu berkata bahawa beliau “hancur luluh apabila kehilangan idola-idolanya seperti Aaliyah, Michael Jackson, Amy Winehouse, Prince dan ramai lagi.”

Justeru, beliau mengucapkan takziah kepada semua yang menganggap Jonghyun sebagai idola mereka.

Rata-ratanya Shawols mengucapkan terima kasih dan menyifatkan Imran sebagai seorang yang bijak kerana tidak terikut-ikut dengan pengaruh sesetengah pihak yang sering merendah-rendahkan peminat K-Pop.

Selain itu, Shawols juga turut menghargai catatan Imran mengenai rasa sedih yang dialami mereka.

Sehingga kini, tweet tersebut sudah diulang ataupun retweet lebih 5,000 kali dan mendapat 5,690 likes.

Penyanyi Korea Selatan, Jonghyun ditemui dalam keadaan tidak sedar dalam sebuah apartmen di Seoul sekitar jam 6.10 petang pada 18 Disember 2017.

Punca kematiannya disebabkan dia menghidu asap karbon monoksida daripada arang yang dibakar dalam biliknya, menurut laporan Astro Awani itu.

Selain itu, Jonghyun juga menghidap penyakit Seasonal Affective Disorder (SAD) atau dikenali sebagai sindrom gangguan musim.

SAD muncul pada musim-musim tertentu misalnya musim sejuk atau musim luruh.

Dalam laporan Astro Awani tu lagi, ia dikatakan bahawa pengakuan mengenai penyakit itu didedahkan oleh Jonghyun sewaktu menjadi tetamu dalam program radio bertajuk 'Blue night radio' sebelum ini. 

- Agensi Berita/SM/sm

Komen Anda?

Top