Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Syamsul Yusof percaya ada kekurangan diri meski peminat kata treler Munafik 2 hebat

Peminat filem Malaysia sudah tidak sabar menantikan filem susulan Munafik 2 selepas treler filem terbaru itu ditonton lebih 1.7 juta kali dalam tempoh kurang 24 jam

Anggaran Waktu Membaca:
Syamsul Yusof percaya ada kekurangan diri meski peminat kata treler Munafik 2 hebat

Syamsul Yusof. (Gambar: @syamsulyusoffilm/Instagram)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 07:42AM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 07:49AM

KUALA LUMPUR: BELUM lagi ditayangkan di pawagam, peminat filem Malaysia sudah tidak sabar menantikan filem susulan Munafik 2 selepas treler filem terbaru itu ditonton lebih 1.7 juta kali dalam tempoh kurang 24 jam.

Menurut laporan Astro Awani, pengarahnya, Syamsul Yusof mengatakan perasaan syukur atas sambutan awal peminat terhadap treler filemnya itu meskipun hanya akan ditayangkan di pawagam pada 30 Ogos ini.

Beliau akur, treler filem memainkan peranan sangat penting seperti menjual sesuatu produk untuk tarik perhatian pembeli.

"Saya mengambil masa dua minggu untuk menghasilkan treler ini tapi ayah saya kata masa tersebut terlalu lama sebab orang lain buat dalam masa 2 hingga 3 hari saja,” kata Syamsul.

"Bagi saya, untuk mendapatkan kualiti, saya perlu masa untuk menghasilkannya," tambah beliau dalam satu temu bual segmen Salam Bros di Zayan, semalam.
Jelasnya, beliau mahukan filem baru yang dihasilkan lebih baik daripada terdahulu.
"Saya tak boleh tipu diri sendiri. Jika boleh saya mahu buat filem yang lebih baik sebab saya rasakan macam tak bagus lagi hasilnya," kata beliau lagi.

Apa yang menjadi prinsipnya, Syamsul percaya bahawa kekurangan diri mampu menjadikan dirinya menjadi lebih baik menurut laporan Astro Awani itu.

Malah, seperti mana filem arahannya sebelum ini, dia lebih selesa untuk menulis skrip, mengarah, melakukan kerja kamera, termasuk berlakon untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

"Saya pun bertanya pada diri, kenapa saya buat semua ini. Ini memberi tekanan pada saya tapi saya buat juga.

"Pertama, saya mampu buat tak bermakna semua filem saya jadi hero seperti dalam filem KL Gangster saya tidak mengambil watak utama Datuk Aaron Aziz.

"Mungkin saya suka mencabar diri saya. Bila saya jadi pelakon, saya bosan," kata Syamsul.

Astro Awani melaporkan bahawa dibandingkan Hollywood yang mempunyai produksi khusus dalam menghasilkan treler mahupun poster, Syamsul sentiasa mahu menjaga kualiti filemnya.

"Sebab itu adalah 'passion' saya. Sejujurnya, apabila saya menanggung tekanan buat filem, saya akan buat lagi.

"Ini semua terubat apabila mendapat sambutan positif penonton tapi saya kena gali lagi apa yang penonton mahukan," katanya.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan