Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Straw boleh timbulkan masalah kesihatan buat Aishah

Gelembung udara yang disedut bersama air melalui straw akan memberi reaksi dalam perut beliau, jelas Aishah.

Anggaran Waktu Membaca:
Straw boleh timbulkan masalah kesihatan buat Aishah

(Gambar: Malaysiakini)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 10:50AM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 11:01AM

KUALA LUMPUR: Sejak menjalani pembedahan bariatrik untuk menyelesaikan masalah berat badan berlebihan, penyanyi Aishah terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga tambahan.

Ia bukan sekadar melakukan disiplin pemakanan yang tertentu, malah sesetengah amalan lazim yang dianggap biasa sebelum ini, kini menjadi larangan.

Menurut laporan Malaysiakini, satu daripada 'pantang' yang perlu diperhatikan oleh penyanyi 'Janji Manismu' itu selepas menjalani pembedahan ialah minum menggunakan straw.

Ini kerana gelembung udara yang disedut bersama air melalui straw akan memberi reaksi dalam perut beliau, jelas Aishah.

“Minum menggunakan straw menyebabkan seseorang menelan jumlah angin berlebihan,” katanya yang ditemui pihak media di majlis pelancaran poster filem Kalla: Hidup Atau Mati di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, menjalani pembedahan 'mengikat perut' pada 27 Februari lalu.

Bukan boleh saja-saja

Bagaimanapun Aishah menjelaskan dia menjalani pembedahan itu bukanlah didorong oleh faktor kecantikan sebaliknya langkah mengatasi masalah berat berlebihan dan gastrik.

Keadaan diburukkan lagi dengan sejarah kecederaan pada kakinya akibat terbabit dalam kemalangan suatu ketika dulu.

Pembedahan bariatrik ialah teknik perubatan yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik atau pembuangan beberapa bahagian pada perut.

Walaupun kedengaran mengerikan selain disalah anggap sebagai pembedahan kosmetik, Aishah, 53 tahun, sebaliknya berkata ia kaedah paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan melampau.

Malaysiakini menambah, anak kelahiran Negeri Sembilan itu berkongsi bahawa prosedur yang dijalani itu banyak membantunya menjalani hidup lebih sihat.


(Gambar: INSTAGRAM/Aishah)
Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan